Log In Personal Finance : 10 Steps for Less Fuel Usage

Here are 10 steps or guidelines for you to reduce the usage of fuel. Less usage, less money. Read here for more info.

Log In Malaysia Kita : Dr. Zakir lead a young lady into Islam

We frequently see this in youtube, on how Dr. Zakir lead a confuse person to believe in Islam. And now, it happened here, right in Malaysia! Read here for more info.

Log In Wow: Superhero Really Exist?

You'll never believe your eyes again. What a discovery. Read here for more info.

Log In The World : Facebook is illegal?

What? Are you kidding me here? What is the reason behind this illegality? Read here for more info.

Log In The World : 10 Most Expensive Place To Own A Car

You'll see how difficult to even own a car in these 10 places. Well for Malaysian, are you expecting something? Guess what rank Malaysia is. Read here for more info.

Wednesday, 20 April 2016

Nora Danish dan Nedim Bakal Bernikah

Assalamualaikum, Good Evening, Xiawu Hao, and Greetings.

Kali ni kita cerita pasal artis Malaysia sikit. Nora Danish, siapa tak kenal. Lebih dikenali dengan wataknya sebagai 'Puteri", antara janda terhangat di Malaysia. Comel, cantik, apa yang tak ada pada Nora. Kalau lelaki, tak pernah terminat kat Nora, ada something wrong la tu. Heheh.



Ceritanya, dikhabarkan Nora bakal menamatkan zaman solo, bercadang bernikah dengan Nedim. Ya, Nedim. Mereka KEMBALI. Yang di luar tu, sila putuskan impian anda kerana kali ini mereka tampak lebih serius untuk mendirikan rumah tangga.


Nedim menyatakan hasrat beliau untuk menikahi Nora tahun ini juga. Perkara ini dikongsi Nora ketika di lokasi penggambaran drama bersiri Mak Cun tetapi masih belum ada perancangan spesifik lagi buat masa ini.


Menurut Nora Danish, dia sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga. Apabila ditanya mengenai pengalaman silam, ujarnya "Hendak fikir pengalaman lalu membuatkan saya takut untuk bernikah lagi? Bukankah kehidupan manusia ada pasang surutnya?"


Haritu dah hadap berita sedih ni. Kena hadap lagi sekali. Adei Nora, harap-harap perancangan ini menjadi dan hubungan ini kekal dan Nora mampu menjadi lebih baik selepas ini. 

*Penangan Nora Danish kahwin tak sekuat ketika Dato' Siti berkahwin dengan Dato' K. Pedihnya sehingga hari ini.


Pourquoi vous si mignon!!

Cara untuk menjana pendapatan sampingan? Tekan di SINI.

Video 2 Orang Polis 'Pau' Budak Sekolah Jadi Viral

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Greetings.

Saya sebenarnya pagi nanti perlu bertolak awal kerana berjalan jauh tapi terasa ingin menulis juga. Saya dapat beberapa cerita hari ini dan saya pilih untuk tulis yang ini dahulu.



Baru-baru ini, jadi viral apabila video 2 orang polis lengkap beruniform sedang menahan seorang budak sekolah. Setelah beberapa minit, mungkin soal siasat atau rundingan, boleh terlihat sesi menge'pau' berlaku di situ. Lihat video dibawah.

video

Sumber : You Tube

Inilah sebabnya mengapa rakyat Malaysia bencikan polis. Pernah dengar pepatah "Disebabkan nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga". Ni, 2 orang dalam gambar ni, nila setitik la ni.

Orang ramai tak bodoh, sekarang semua zaman viralisasi. Ape-ape rekod. Ini adalah perbuatan yang tidak beretika, pusing ikut mana pun. Kalau contoh budak itu ponteng sekolah atau dilihat merokok, hukum melalui prosedur yang betul, bukan begitu caranya. Topup pun minta duit mak bapak lagi, apalah sangat duit dalam wallet budak tu.

Sedih bila kita melihat perkara sebegini, sikap sesetengah pihak berkuasa yang menyalahgunakan kuasa. Saya sangat mencuba berfikiran positif apabila melihat video ini, sampai berpeluh berjeruk ketiak cuba nak positif. Habis pusing, mungkin budak ni pernah hutang dengan dia ke, mungkin memang nak belanja minum air sebab tolong escort dari pintu pagar sekolah, but no, nope. I can't think of any possible way of positive from this situation. Kalau korang ada idea, mohon share.

Perlu diingatkan juga, ramai lagi polis yang telus dalam melakukan kerja diluar sana. Seperti yang saya cakap tadi, "disebabkan nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga". Perbuatan ini mencemarkan nama baik badan beruniform.

Diharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan dengan segera.

*Nampak tak kenapa kumpulan band skinhead Malaysia, The A.C.A.B. selalu ketengahkan lagu yang membenci polis? Kalau korang baca lirik lagunya, mereka bukan benci polis secara keseluruhan, mereka benci kepada polis yang korup.


Il y a d'autres bons flics. :)

Cara untuk menjana pendapatan sampingan? Tekan di SINI

Monday, 18 April 2016

Dr. Zakir Naik Memimpin Orang Kedua Masuk Islam di Malaysia

Assalamualaikum, Good Morning, Zaoshang Hao, and Greetings.

Nampaknya kita menerima lagi satu berita gembira daripada Melaka. Kita ada saudara baru, atas bimbingan dan penerangan dari Dr. Zakir Naik yang meyakinkan beliau.



Di Alor Gajah malam tadi, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi dari UTeM, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Dr. Zakir Naik dan juga hadirin dan hadirat yang hadir seramai 20,000 orang.

Senkiran Dharma, 24 tahun melafazkan kalimah suci itu setelah menerima penjelasan yang terperinci terhadap soalan yang dikemukakan beliau.

Mengikut kata Senkiran Dharma, beliau sudah mula mengenali dan mendalami Islam sejak 3 tahun yang lalu lagi. Akhirnya, setelah persoalannya dijawab Dr. Zakir, pintu hatinya terbuka untuk menerima Islam sebagai agamanya.


Sumber gambar : Berita Harian

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, Dharma menerima senaskah Al-Quran daripada Dr. Zakir Naik disertakan dengan laungan takbir.

Ini adalah berita gembira buat kita sebagai penganut agama Islam kerana menerima kehadiran dua orang saudara baru. Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Nina dari Kemaman dan Dharma dari Melaka agar mereka boleh mendalami Islam dengan lebih lagi.

Dari peristiwa ini, suka saya tekankan untuk kita melihat diri kita sendiri. Adakah cukup Islam kita. Terjagakah solat kita, adakah kita menuruti perintah Allah S.W.T. , berpegangkah kita kepada Amar Maaruf Nahi Mungkar, adakah kita boleh menjadi contoh kepada saudara baru kita ini. Sama-sama kita renungkan.

Sumber : Berita Harian


Remplissez vous-meme avant de remplir d'autres. :)

Cara untuk menjana pendapatan sampingan? Tekan di SINI.

Jutawan 'Jelita' Nekad Buang Payudara

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Greetings.

Saya sebenarnya tertarik dengan isu yang agak hot dan tengah viral sekarang. Kisah seorang jutawan muda yang bernama Safiey Illias. Mungkin ada yang memang sudah mengenali beliau sebelum ini.



Sejujurnya, saya memang tak kenal dia sehingga minggu lepas. Di newsfeed akaun Facebook saya Marco Van Bronchost, keluar satu cerita yang memang menarik minat saya. Cerita yang datang dari akaun Facebook Ali Russia.

Saya sebenarnya agak berbelah bahagi samada ingin menulis tentang cerita ini ataupun tidak tetapi apabila saya lihat tuan empunya badan mengizinkan ceritanya disebar, maka saya pun menulis juga. Ini sebenarnya adalah pengajaran buat kita sendiri. Terus terang, cerita ni dah lama dah saya dapat tapi sebab berbelah bahagi tu, tulis juga.

Bagi yang belum mengetahui, jutawan jelita yang dikenali dengan nama Safiey Illias ini adalah sebenarnya seorang 'shemale'. Sekali pandang, memang tak ubah seperti seorang gadis. Nama sebenar adalah Safiuddin Bin Ilias.



Ringkasnya, yang membuatkan Safiey nekad untuk berubah adalah kerana beliau ingin solat berjemaah, keluar berdakwah, dan ingin pergi ke Mekah dan Madinah bagi menunaikan umrah. Masha Allah.

Ini petikan penuh dari post Facebook Ali Russia :

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum kalian terus membaca aku ingin maklumkan bahawa aku telah mendapat keizinan dan juga amanat dari tuan punya badan untuk aku membuat nukilan tentang ceritanya dan katanya cerita ini hanya lah untuk satu tujuan iaitu memberi pengajaran dan iktibar kepada mereka mereka yang senasib dengannya.

Barakallah...hari ke 2 aku keluar Tabligh ke Tawau untuk cillah 40 hari ...dan aku bercadang untuk tidak menulis melalui medium muka buku ini sehinggalah aku tamat 40 hari, walaubagaimana pun hari ini aku terpaksa menulis atas dua tujuan...

Pertamanya kerana ia berkait terus dengan agama dan ke dua kerana atas hajat seorang hamba Allah yang ingin bertaubat...

Allah...Allah...tiada kata kata yang dapat aku lakarkan sebaik mungkin tentang hidayah yang menerpa umat Muhammad saw...dan tiada nada gembira yang dapat aku luahkan bila mendapat khabar dari beliau...hanya sujud syukur yang dapat aku buat.

Beliu terkenal di kalangan usahawan usahawan produk kecantikan dan juga bagi mereka yang mempunyai wawasan dalam bidang perniagaan...

Sedari usia remaja beliau telah berusaha, di awal persekolahan di tingkatan 4 beliau telah berniaga dan di bantu oleh ayahnya, sehingga lah di usia 19 tahun beliau telah menjadi jutawan muda...memiliki duit jutaan ringgit, kenderaan besar Hammer yang menjadi impian muda mudi serta rumah sendiri...tetapi...




Cerita

Safiey Illias...seorang jutawan muda yang cantik jelita juga menjadi mentor kepada usahawan usahawan di bawahnya..

Aku tidak mengenali beliau sehingga lah pada beberapa bulan yang lepas aku di beritahu oleh ahlia ku Ayunie Russ tentang perniagaannya...ahlia ku juga merupakan follower di facebooknya...

Kata ahlia ku pada suatu hari..."Abang...cuba abang baca status status di facebook Safiey Ilias...beliau muda tapi pandai berniaga...menjadi jutawan dalam usia 19 tahun.." aku di tunjuki facebook Safiey Ilias.

Masyallah...masyallah...cepat cepat aku baca DOA jauhi fitnah bila melihat perempuan cantik...
Orangnya teramat cantik dan bergaya, memandu kereta mewah Hammer serta berjaya di bidang perniagaan...

Dan selepas itu aku buat tak tahu dan tak kisah pun tentang facebook dan perniagaan wanita cantik bernama Safiey Ilias...

Masa berlalu hari demi hari...aku sibuk dan bussy dengan Dakwah dan keperluan Sushi sehingga lah hari hari terakhir aku keluar dari rumah untuk berada di Jalan Allah...bertabligh selama 40 hari bersama anak lelaki dan seorang anak saudara...

Sebagai seorang penulis atau Street Dakwah Writer, kebiasaan di masa masa infiradi takala ahli jemaah yang lain beristirehat dan tidur aku akan melayari internet membaca blog blog kegemaran tentang ehwal semasa dan Dakwah...dan secara tidak serius aku telah membuat reposting atau posting ulangan tentang kisah satu artikel mengenai Jemaah Khunsa atau Jemaah Mak Nyah yang keluar Dakwah dari tanah seberang...

Tidak di sangka sangka seorang wanita cantik jelita telah menulis di ruangan komentar aku dengan kata kata lebih kurang...

"Saya juga seorang Mak Nyah atau Pondan yang ingin berhijrah dan mahu mengenal Allah.."

Allah...Allah...hati aku mengigil panik dan tidak tahu apa yang harus aku balas...dan setelah itu aku melihat puluhan komentar komentar balas telah di tulis oleh mereka mereka yang tidak aku kenali dan dengan secara tidak berfikir panjang aku terus menulis..."Allahu...manusia di cipta indah oleh Allah...walaupun tidak cantik tetapi tetap indah...Safiey Ilias...lets meetup and have a cup of coffee.."

Keesokannya semasa aku nusrah jemaah kasih sayang dr. Sam Rasputin aku telah menerima meseg melalui wassap dari Safiey Ilias..katanya

"Tuan...saya Safiey Ilias yang komen di facebook tuan...saya PONDAN......."




Panjang ceritanya dan panjang perbualan kami...isi perbualan hanya berkisar kepada luahan hatinya, bermula dari saat itu setiap hari kami menghubungi satu sama lain dengan tujuan untuk membantu beliau secara fizikal dan mental...Safiey Ilias ingin kembali menjadi lelaki...

Allahu...airmata menitik mendengar luahan hati dan perasaannya...rupa rupanya "wanita cantik" yang di khabarkan oleh ahlia ku itu adalah seorang lelaki...namanya Safiuddin bin Ilias...

Beliu menceritakan yang beliau kini mau kembali kepada fitrah asalnya...mau kembali menjadi seorang lelaki, ceritanya lagi seusianya remaja beliau begitu keliru dan tidak keruan perasaannya...zahirnya di lahirkan lelaki tetapi batinnya perempuan...

Jiwa dan perasaan keperempuanannya seoalah olah terpenjara di batang tubuh seorang lelaki, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengubah zahirnya menjadi perempuan...beliau menjadi perempuan dan wanita sehinggalah menjalani operasi untuk memiliki payudara...

Untuk sekian lama beliau menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan dan wanita, berpakaian dan perhiasan...semuanya seperti wanita.

Dengan jutaan wang ringgit yang di milikinya beliau membeli apa sahaja yang berjenama...pakaian wanita, beg tangan ribuan ringgit juga alatan makeup yang up to date..

Tetapi Allah kuasa Makhluk tidak ada kuasa....Allah mengasihi makhluk ciptaan NYA..

Barakallah...fitrah manusia, siapa sahaja...lambat laun pasti akan kembali kepada asal kejadian yang telah di jadikan oleh Tuhannya...

Dalam diam beliau membaca cerita cerita Dakwah dari facebook ku dan akhirnya beliu memberanikan diri untuk menyapa ku dan menceritakan segala galanya...


Satu kenyataan yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk membantunya ialah kerana beliu telah memberitahu aku yang beliau akan menjalani pembedahan membuang implan payudaranya kerana beliau tersangat ingin solat berjemaah, keluar dakwah dan ingin sangat untuk ke Mekah dan Madinah bagi mengerjakan Umrah....

Allahu...

Masa tidak mengizinkan aku dan saudara Safiuddin bin Ilias aka Safiey Ilias bertemu muka kerana aku telah bersiap siap untuk keluar Dakwah 40 hari di Tawau...pun begitu saban hari kami menghubungi satu sama lain...berbual dan bertanya khabar...beliau meluahkan isi hatinya dan aku menasihatinya...


Tanggal 15 hari bulan aku berangkat dan terbang ka Tawau dan pada tarikh yang sama Safiey Ilias memasuki Dewan Pembedahan intuk menggeluarkan implan payudara palsunya...

Semuga Allah memberikan afiat dan kesembuhan yang baik dan cepat kepadanya supaya aku dapat membawanya keluar di Jalan Allah...





Hari ini hari ke 2 aku di Jalan Allah...Safiey Ilias menghubungi aku dan katanya beliau selamat menjalani pembedahan membuang payudaranya...

Sebelumnya aku ada bertanya bagaimana beliau boleh menghubungi aku...jawabnya..."Beberapa kali lintasan wajah ku di hadapannya dan setelah membuat solat istikharah baru beliu yakin dan lalu menghubunggi ku.."....Allahuakhbar.

Kami berjanji untuk bertemu bila aku balik dari ber Tabligh 40 hari nanti...insyallah
Mari kita sama sama berdoa agar Safiey Ilias kembali menjadi lelaki sejati....

Amin ya Allah...



Pergh.. Berkaca beb mata aku baca kisah Safiuddin ni. Memang hebat memang mantap nekad dia nak berubah tu.

Saya salute dengan Safiuddin sebab berani berubah dan sanggup. Walaupun dia ada sejarah yang begitu, siapa kita nak menunding jari dan menghakimi dia. Asalkan seseorang itu ada niat untuk berubah, dan benar-benar maksudkannya, kita haruslah memberi galakan, bukan menghentam.

Allah itu Maha Pengampun.

Alhamdulillah saudara Safiuddin. Harap perubahan ini berkekalan dan akan membawa saudara ke jalan yang lurus. Peringatan untuk saya sendiri juga.

*Saya akan kongsikan pula bagaimana perjalanan saudara Safiuddin menjadi jutawan muda. Tunggu post saya yang seterusnya. Btw, kenapa Facebook Ali Russia dah tak boleh buka? Ada sesetengah pihak flag/report Facebook beliau ke?

Sumber : Facebook Ali Russia, Siakap Keli


Le respect enorme pour ceux qui ont des tripes a changer pour le mieux!

Cara untuk menjana pendapatan sampingan? Tekan di SINI.

Sunday, 17 April 2016

Angka Kematian Meningkat Akibat Cuaca Panas

Assalamualaikum, Good Morning, Zaoshang Hao, and Greetings.

Musim-musim panas ini, atau untuk lebih tepat, musim El Nino ini, kita dikejutkan dengan beberapa kes kematian disebabkan strok haba. Keadaan ini amat merisaukan kita kerana nak tak nak kita tetap akan terdedah dengan cuaca diatas urusan kerja, sekolah, urusan harian, dan sebagainya.



Dipetik dari akhbar Kosmo semalam, 16hb April, Sabtu, muka surat 46. Kejadian ini berlaku di India. 

Sebahagian bahagian tengah dan timur India dijangka berdepan dengan keadaan panas melampau berikutan beberapa kematian akibat panas ekstrem dilaporkan di negeri Orissa dan Telanggana.


Sumber gambar : The Star

30 kematian dicatatkan dalam tempoh 10 hari dan kebanyakkannya adalah berpunca dari gelombang haba. Suhu di 2 daerah utama seperti yang disebut tadi, diantara 40 hingga 45 darjah Celcius pada minggu lepas. Di samping itu juga, memburukkan lagi keadaan, 10 negeri di India mengalamai masalah kekurangan air yang teruk dan kemarau.

Wow. 45 darjah Celcius? Panas sangat tu, dikira tahap merbahaya. Perlis tempoh hari 39 darjah Celcius pun kering tanah dan tercetus kebakaran kecil, inikan 45 darjah Celcius. Di India juga, arahan dari kerajaan dikeluarkan supaya rakyat berada di dalam rumah dari tengah hari sehingga pukul 5.

Di Malaysia pun dah rasa teruk, bayangkan di India sana. Jumlah kematian akibat gelombang haba di India dicatatkan mencecah 75 orang. Kita perlu mengambil ikhtibar dari kisah ini.


Sumber : Surat Khabar Kosmo

Moral of the story :
- Perbanyakkan mengambil air kosong/air masak. Kalau sebelum ni sebotol besar sehari, ambil 2 botol besar. Gandakan untuk menggantikan air yang keluar dan untuk mengekalkan tubuh dalam mod hidrasi. Jangan risau, tak buncit pun minum air masak banyak-banyak, malah menyihatkan tubuh badan.
- Kurangkan pengambilan air bergula. Air bergula memang sedap tapi kurangkan. Ratio air bergula dan air masak hendaklah sekurang-kurangnya 40:60.
- Jimatkan penggunaan air. Kalau di India air boleh kering, tak mustahil berlaku di Malaysia. Di negara kita pun dah ada kes-kes kecil tentang sungai kering, masalah air di beberapa tempat.
- Kurangkan aktiviti luar. Ini untuk mengelakkan daripada terdedah kepada gelombang haba secara terus. Keluar hanya atas urusan sahaja.


Buvez beaucoup d'eau minerale pour rester hydrate.

Pencuri Di'Kung-Fu'kan Oleh 1000 Pelajar

Assalamualaikum, Good Evening, Xiawu Hao, and Greetings

Dipetik dari akhbar Kosmo hari ini, 16hb April, Sabtu, muka surat 46. Kejadian ini berlaku di Shaanxi, China.

Seorang pencuri bernasib malang apabila kegiatannya disedari oleh kumpulan pelajar kung-fu yang kemudian bertindak mengejar dan membelasahnya beramai-ramai.

Insiden berlaku di Institut Pembelajaran Fizikal di Xi'an di sana selepas hampir seramai 1000 orang pelajar mengerumuni pencuri berkenaan dan menunggu giliran masing-masing.


Sumber : Surat Khabar Kosmo

Fuhh. Bayanglah kena bantai dengan 10 orang pun dah nak meraung, ini 1000 orang! Budak kung fu pula tu, bukan budak biasa. Bukan seni Street Fighter, King of Fighter, ataupun Ninjutsu.

Yang lagi mengejutkan, berani dia mencuri di kawasan sekolah budak-budak belajar kung fu sedangkan dia berbadan gempal, dah tentu-tentu budak tu lagi laju dari dia. Dia ingat dia Sammo Hung agaknya.

Moral of the story :
- Jangan mencuri. Banyak lagi cara untuk menjana pendapatan. Saya boleh ajar bagaimana tapi dia duduk China pulak.
- Jangan buat hal dengan budak kung fu. Main-main ko, kena Tendangan Tanpa Bayang 1000x, pedih ke pedih? Pedih la!


Voler est pas un moyen de sortir. Marco peut vous apprendre a generer des revenus cote! :)


Saturday, 16 April 2016

Hunter X Hunter, Muncul Kembali Setelah 2 Tahun

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Greetings.

Siapa kaki manga atau anime? Belum selesai lagi soalan tu. Siapa followers atau pernah jadi followers manga/anime Hunter X Hunter?

Kenapa ada 'pernah jadi followers'? Sebab cerita Hunter X Hunter ni dah lama tak update. Berstatus hiatus selama 2 tahun jadi, ramai followers cerita ni jadi fed up dan malas nak tunggu.

Apa-apa pun, Hunter X Hunter baru sahaja update chapter terbarunya semalam Chapter 350 : The Princes. Nak baca, boleh click icon mangareader di atas page saya atau click 'link' yang disediakan di bawah gambar, akan terus dibawa ke chapter terbaru Hunter X Hunter.



Harap-harap akan diupdate berterusan setiap minggu. Jangan ni update satu chapter, lepas tu hiatus lagi untuk 2 tahun. Aku pun tak ikut dah lepas tu.


Hunter X Hunter, vraiment une histoire interessante. Vous devriez jeter un coup d'oeil. :D