Log In Personal Finance : 10 Steps for Less Fuel Usage

Here are 10 steps or guidelines for you to reduce the usage of fuel. Less usage, less money. Read here for more info.

Log In Malaysia Kita : Dr. Zakir lead a young lady into Islam

We frequently see this in youtube, on how Dr. Zakir lead a confuse person to believe in Islam. And now, it happened here, right in Malaysia! Read here for more info.

Log In Wow: Superhero Really Exist?

You'll never believe your eyes again. What a discovery. Read here for more info.

Log In The World : Facebook is illegal?

What? Are you kidding me here? What is the reason behind this illegality? Read here for more info.

Log In The World : 10 Most Expensive Place To Own A Car

You'll see how difficult to even own a car in these 10 places. Well for Malaysian, are you expecting something? Guess what rank Malaysia is. Read here for more info.

Wednesday, 23 October 2013

8 Punca Kerosakan Otak

Assalamualaikum, Good Evening, Xiawu Hao, and Greetings.

Tahukah anda setiap saat otak anda berfungsi, tak kira anda berjalan, berlari, bekerja, buat kerja rumah, buat tugasan kuliah, membaca, dan banyak lagi termasuklah tengah update Facebook status. Otak adalah tunjang untuk seorang manusia selain dari tulang belakangnya. Hari ini, saya ingin berkongsi fakta tentang otak. 


Kenal pasti otak anda dan kaji tentangnya. Kesihatan otak juga penting. Otak yang mantap dapat membantu anda menjana idea dengan lebih hebat. Disini, saya kongsi antara 8 punca kerosakan otak dari sudut fizikal :

1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi kepada otak dan menjadikannya kurang aktif. Kalau pagi-pagi lagi masuk kerja atau ke kuliah/kelas perut dah berbunyi-bunyi, mahu nak aktif.

2. Terlebih makan
Ini lagi satu masalah orang kita. Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Makan biarlah berkadar. Ini kalau orang kata mesti makan sarapan, sampai roti canai 4, nasi lemak 5 bungkus dibedalnya.

3. Penggunaan Gula Berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Mahu tak, pagi Milo Ais. Tengah hari, CoolBlog pula. Petang, kalau tak ABC tak sah. Malam masa menonton perlawanan bola, teh tarik wajib 2 3 gelas.

4. Terlebih Tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Ini sangat sinonim dengan pelajar IPT dan sekolah menengah. Masa cuti semester atau cuti sekolah, bukan main lagi lepas geram. Masuk tidur pukul 3 pagi, bangun pukul 4 petang.

5. Menutup Muka Ketika Tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Jujurnya, tak sesak nafas ke tutup muka sambil tidur?

6. Otak Bekerja Semasa Tidak Sihat
Bekerja semasa anda tidak sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. Bukan sahaja bekerja, malah pergi kuliah atau ke sekolah ketika sakit juga sama keadaannya.

7. Kurang Berimaginasi
Berfikir adalah salah satu cara terbaik melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. Kadang-kadang, tak salah berangan. Jangan hanya terikat dengan rutin harian sahaja.

8. Jarang Berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambahkan keberkesanan kecerdasan otak kita. Kalau habis semua benda dicopy+paste, bila hendak berfikir.

Jangan ambil mudah tentang otak. Otak anda penting untuk menjana idea dan melakukan kerja harian. Take note guys!


La Valeur De Votre Cerveau.. :)

Tuesday, 22 October 2013

Perempuan Gaduh Lagi

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Greetings.

Sejak kebelakangan ini, banyak video yang telah dimuat turun ke internet, kebanyakkannya adalah tentang pergaduhan. Yang lebih pelik dan menarik, pergaduhan itu adalah dikalangan para wanita. Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang pergaduhan diantara 2 berbalas 1 yang diakhiri dengan mangsa jatuh pengsan. Kali ini juga pergaduhan diantara 2 gadis. Apa sudah jadi?

video


"Dulu selalu tengok laki gadoh, sekarang perempuan pulak? Internet dah terbalik ke atau aku ni masih tengah dalam mimpi? Tolonglah jangan kate gadoh sebab boipren!"

*Makin menjadi-jadi isu ini sekarang.

Aujourd'hui, Juvenile Est Partout.. -_-ll

Saturday, 19 October 2013

Tak Bayar Tapi Tak Nak Keluar

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Greetings.

Saya sebenarnya nak update pasal info dan tips tapi akibat kesibukan bekerja, tiada kelapangan untuk saya untuk mengarang buat masa ini. Huhu.. In Shaa Allah, next entry will be about useful tips. Kali ini saya nak share tentang drama pukul 3. Diadaptasikan dari telenovela.


video


"Ini la yang orang selalu kate, bebal tu jangan ditunjuk, simpan sorang-sorang. Silap haribulan, sia-sia je feymes. Jadi cam kes pakcik Guard dan juga isteri Diva."

Kalau nak diikutkan video ini, saya tabik hormat kepada abang bangsa India itu kerana mengendalikan situasi itu dengan tenang. Ramai yang saya pasti, kalau diletakkan dalam situasi itu, dah berapi-api nak menengking. Mr, well done!

Akak tadi tak habis-habis sebut pasal tak berhati perut. Mengikut pandangan saya, dah habis usus perut dah rasa-rasanya kalau nak kira berbelas kasihan. Setahun tempoh diberi untuk kosongkan premis, tapi tetap degil. Ini sudah jadi pijak kepala. Makin dibiar makin berlemak. 

Plus, maybe akak tadi tak faham konsep lelongan dari bank sebab masih ulang tentang perkara yang sama. "Banyak lagi rumah kat belakang2 tu, kenapa tak beli yang tu? Tak paham ke rumah ni ramai orang duduk?" Abang India tadi bukannya dia tahu jumlah orang dalam rumah tu. Dia hanya mengikut prosedur permbelian.

Kalau tak bayar, faham-faham sahaja la. Itulah konsep hire purchase. Mana-mana pembelian yang berlandaskan perbayaran secara ansuran, maka barang itu bukanlah hak milik anda sehingga ansuran habis dibayar. Dalam kes rumah, rumah itu hak milik bank dan apabila tiada pembayaran diterima, maka bank berhak meletakkan rumah itu untuk dilelong. 

Akak tadi tidak bersikap professional. At the end, lontarkan kata-kata makian dan terus masuk ke rumah. Perkara boleh dibawa berbincang. Jika berbincang secara aman, berkemungkinan tempoh untuk mengosongkan rumah boleh dilanjutkan. Kalau dah jadi macam tadi, sudah tentu pihak berwajib akan menggunakan kekerasan. Ketika itu, jangan nak ulang la 'takde hati perut' bagai.

Kesimpulannya, hutang bayar, cakap elok-elok, bincang baik-baik, kaji kontrak sebelum beli, fahami konsep hire purchase, dan think what is the priority. Kalau tak, habuk pun tak ada, hasil pun entah kemana, jadi tontonan umum jiran tetangga dan warga internet, dan penamat pun tak cantik.

Sumber : Lemonvid


Court D'Esprit Ne Vous Menera Nulle Part..

Friday, 18 October 2013

Rakaman Video Putus Cinta

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Greetings.

Sedang saya sibuk dengan kerja yang tak putus-putus siang tadi, tiba-tiba ada kawan saya hantar satu video di peti inbox Facebook saya. Sambil menghirup kopi yang sudah sejuk disebelah saya, saya pun mainkan video itu. Nah, ini hasilnya :

video


"Hades! Ni la die, kids nowadays. Sikit-sikit video. Baru putus cinta, video. Baru couple seminggu, video. Gaduh dengan boyfriend, video. Ape motif pun tak tahu."

Saya sendiri pun tak tahu tiba-tiba sahaja video ini menjadi perbualan hangat. Dulu, video 'Couple Seminggu". Sekarang video 'Putus Cinta' pula. Macam-macam jenis video zaman sekarang ni. Masalahnya, kreatif pulak tu.

Mudah ulasan kali ini.
- Buatlah video banyak mana sekalipun, at the end macam tu juga. Putus tetap putus dan saya pasti pihak di sebelah sana tu tak tersentuh pun. (saya dah jumpa banyak kes sebegini)
- Dalam masa awak buat video ni, secara tidak langsung awak mendedahkan apa yang tak sepatutnya menjadi tontonan umum. (harap faham la ye)
- Dengan segera awak akan jadi perbualan orang. Well, perbualan yang tidak menuju ke arah kebaikan sudah pasti.
- Sedih simpan sendiri atau kongsi dengan orang yang terdekat, bukan buat video. Jujurnya, kadang-kadang orang akan anggap video seperti ini seperti mencari publisiti.

Saya sendiri nak komen lebih-lebih pun tak boleh juga. Mana tahu, betul-betul sedih ke, dah bercinta 15 tahun terputus begitu sahaja, kita tak tahu. Tetapi banyak lagi cara yang kita boleh buat untuk mengatasi kemurungan ini. Lagi satu, kan bagus kalau kreativiti buat video ni semua dipraktikkan kearah yang berguna. Hasil pun dapat, ilmu pun bertambah. Tak gitu?

Pas Plus Eclatement Video S'il Vous Plait.. -_-ll

Thursday, 17 October 2013

Tips Menggunakan Uncang Teh Sebagai Produk Kecantikan

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Greetings.

Biasanya waktu begini adalah waktu yang paling enak untuk kita bertemu janji dengan bantal. Tapi nampaknya ramai yang memilih untuk melayari internet, berblogging, berfacebooking, bertwittering, dan seangkatan dengannya. Saya pun sama. Hehe. Disini alang-alang saya ingin kongsi dengan anda tentang uncang teh.



"Uncang teh untuk buat teh la. Time-time ni pekena Teh 'O' suam segelas dengan biskut Merry pun masyuk jugak."

Haa.. Itu yang Bro Komen tak tahu. Uncang teh yang terletak di sudut dapur itu bukan hanya boleh dibuat minuman, juga boleh dibuat produk kecantikan. Kadang-kadang, diam-diam ubi berisi juga uncang teh ni ya. Ini antara cara yang boleh dipraktikkan :

Spa Wap Teh
- Didihkan beberapa cawan air dan tuangkan ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan 1 atau 2 uncang teh. (Nak masuk 3 pun boleh)
- Disyorkan penggunaan uncang teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang menenangkan.
- Selubungkan kepala dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk selama 5 hingga 10 minit.
- Proses ini membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya.

Surutkan Mata Bengkak
- Bancuh 2 uncang teh, perah sedikit air dari uncang dan biarkan sejuk selama beberapa saat.
- Anda perlu baring di permukaan yang rata, dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata, tekan perlahan-lahan.
- Biarkan uncang teh dimata selama 15 hingga 20 minit.
- Hasilnya, mata anda tidak bengkak dan lebih segar.
- Acid Tannic dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata.

Betulkan Kuku Yang Patah
- Potong sebahagian uncang teh dan keluarkan sedikit serbuk didalamnya.
- Lekatkan potongan yang kecik tadi di kuku dan sapukan gam.
- Ia mengambil masa 5 hingga 15 minit.
- Selepas kering, anda boleh menggunakan pengilat kuku seperti biasa.

Bagaimana? Menarik bukan? Selamat mencuba!

Sumber : Uncang Teh Sebagai Produk Kecantikan by Yahoo.com

The Est Delicieux.. :D

Wednesday, 16 October 2013

Superhero Betul-Betul Wujud Atau?

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Greetings.

Pernah dengar pasal superhero tak? Mesti pernah kan. Masa zaman kanak-kanak, superhero adalah perkara sinonim dan setiap kanak-kanak ataupun orang dewasa -_-ll mempunyai superhero idola masing-masing. Antara superhero yang terkenal adalah Ironman, Hulk, Spiderman, Superman, Logan The Wolverine (saya minat yang ni), Black Widow (yang ni Bro Komen), dan juga Kluang Man (pun ade?). Itu hanyalah fantasi semata tetapi penemuan yang menakjubkan di China oleh cctv telah membuatkan kita tertanya-tanya, betul ke superhero ini hanyalah fantasi atau mereka betul-betul wujud?

CCTV Footage in China :

video


"Whoa!!!!" -Terkedu tak terkata.

Jangan kata Bro Komen, saya sendiri pun terkedu. Ada yang mengatakan footage itu fake but it seems so real, with every details. Kalau video ini betul, ini adalah penemuan yang sangat besar.

Antara perkara yang dihighlightkan :
- Kejadian itu berlaku tak sampai 1 saat. 
- Kepantasan 'superhero' itu menerjah ke arah penarik beca itu.
- Lingkaran teleportation yang dapat dilihat ditangah-tengah jalan dan juga tempat penarik beca dialihkan.
- Tangan, muka, dan kaki 'superhero' yang menyala-nyala. 
- And again, it seems so real!

Sehebat mana ilmu sains, belum tentu dapat merungkai misteri ini. Terdapat teori ini dari sudut dan pandangan agama tapi saya tak nak ulas dengan lebih lanjut, takut tersalah maklumat. Maklumlah, pasal agama kita tak boleh main sebut sebelum mengkaji secara mendalam dan memastikan bahawa data itu sahih. Tapi video tadi still Wow!

Est Super-heros Existent Vraiment?

Yuna dan Boyfriend Barunya?

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Greetings.

Hai. Apa khabar rakan-rakan blogger dan juga pembaca sekalian? Tidak dilupai jua kepada anda yang tersesat ke blog ini. Tiada masalah, boleh baca dan boleh comment. Cerita pasal update blog, punye la lame tak berupdate. Bukan ape, sejak sudah memulakan hidup pencari rezeki ni, susah nak cari masa untuk update blog tapi saya akan terus mencuba. Nah, ini hasilnya. Yuna dan boyfriend barunya? Biar betik?



Yuna dan Mr??? (sumber Yahoo Malaysia)

"Hamboih! Sweet couple ke hape? Gua baru ade feeling2 kat Yuna. Pantang berputik sket, cepat je kena kebas. Hatiku terluka lagi!"

Bro Komen dah meroyan la tu. Sebenarnya mamat tu bukanlah boyfriend Yuna or whatever. Ini cerita asal. Gambar ini telah dimuat turun oleh Yuna aka Yunalis Zarai di laman Facebook peribadinya. Disebelahnya adalah rapper kelahiran Trinidad, Theophilius London. Sehubungan dengan itu, Yuna telah dihujani dengan komen, kritikan, dan cemuhan dari peminatnya sendiri yang tampak kecewa dengan gambar yang dimuat turun Yuna ini.

Antara komen-komen yang menarik minat saya :

Nur Hazlinda : ''Hilang respect pd Yuna sbgai wanita Islam yg bertudung..."

Biebie Arereypha : "Opps... Yuna kenapa benarkan dipeluk oleh lelaki itu? Erm.. Jatuh maruah org Islam yg btudung...

Banyak lagi komen-komen yang membidas Yuna. Berjela-jela bagai, dah macam machine-gun pun ada. Pun begitu, tak semua komen negatif. Ada juga yang positif. Dalam isu ini, D'Lafee nak sebut pasal 1 perkara yang simple dan mudah difahami. -Minded-

Tiba-tiba terus Minded. Kenapa? Tidak dinafikan, bila digelar artis ini, habis tingkah laku dan perbuatan diperhatikan. Terkentut pun, sebulan jadi isu panas. Inikan pula gambar sebegini menemui para peminat. Disinilah bermulanya peranan perkataan Minded itu tadi. "Halamak. Artis pakai tudung post gambar dengan laki lain pulak." "Hadoi, artis pakai tudung bagi laki lain letak tangan kat bahu. Tercemar imej bagai." Saya tak cakap Yuna tak salah tapi sebelum melontarkan hujah, put yourself in her shoes first. Sometimes, ada sebab disebalik perbuatan. After try her shoes, try yours! Ini yang penting. Jangan kita memandai-mandai nak komen orang lain jikalau diri sendiri masih merangkak-rangkak. Kalau yang pakai tudung buat macam tu rosak imej, bagaimana pula dengan yang tak pakai tudung buat macam tu? Tak pakai tudung dah satu hal, buat scene yang sama pula. Tak pernah dengar pun orang bangkitkan isu ni, walhal berlambak-lambak je artis kita kat luar sana macam ni. Ke kalau tak pakai tudung dibenarkan pula? Lempang muka 2 3 kali, jirus dengan air suam, tepuk dada, tanya selera, ubah Minded.


Jugement s'applique a tous.. :)


Sunday, 15 September 2013

10 Tempat Paling Mahal Untuk Beli Kereta

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Salam Sejahtera.



Rata-rata lelaki kebiasaannya berminat tentang kereta ataupun selalu orang panggil 'kaki kereta' atau 'car maniac'. Tengok cerita Fast and Furious la tu. D'Lafee pun minat kereta tapi tahukah anda, negara yang paling mahal untuk membeli kereta? Baik lelaki mahupun perempuan, semua mahukan kereta. Jadi, saya sediakan sedikit info untuk pengetahuan semua. Jangan terkejut Malaysia di tangga keberapa.

10. Cuba


"Ape ko ingat Cuba ni cikai ke.. Kereta bapak mahal kat sini woi!" Cuba duduk ditangga ke 10 antara tempat paling mahal untuk beli kereta. Fakta ini diperakui oleh penduduk Cuba sendiri dan juga penduduk luar yang menetap disana. Laman sesawang rujukan saya menggunakan model kereta Scion Fr-S sebagai ukuran harga. Di negara ini, kereta itu berharga USD 26000.

9. North Korea


"Negara diktator aka Kim Jong Un Country ni pun mahal juge ke kereta nye? Tapi tak heran pun. Biase la, North Korea tu bro." Inilah kegara yang ke 9. Minta maaf, daripada sumber itu sendiri pun tidak dapat mengenal pasti harga untuk kereta Scion Fr-S tetapi kalau bernasib baik(sangat-sangat bernasib baik), mampu la beli kereta buatan tempatan yang ala-ala Mercedez lama tu.

8. St. Kitts and Nevis


"Haa? Sorry, ini 1st time aku dengar pasal St. Kitts and Nevis ni tapi tengok kat gambar tuh cam cantik plak. Dafuq ape kat situ pun mahal?" Saya pun 1st time dengar negara St. Kitts and Nevis. Sumber mengatakan kereta baru sangat mahal di negara ini. Maka, kereta terpakai menjadi tarikan dikalangan penduduk. Masih tiada harga untuk Scion Fr-S tapi harga untuk Prius, USD 172000! Bayangkan.

7. United Kingdom


"Kalau UK kereta mahal, nampak la logiknye. Tapi itu pun duduk no 7 je." Ya, United Kingdom duduk di tangga ke 7. Harga kereta Scion Fr-S disini ialah lebih kurang USD 40000.

6. Brazil


"Danza Kuduro! Dengar Brazil terus ingat lagu nih. Ape, Fast and Furious tu one of my favourite movie of all times la!" Dengan bandar yang terkenal, penganjur Piala Dunia 2014, Brazil duduk di tangga ke 6. Mengikut rujukan saya, tiada maklumat tentang Scion Fr-S disana tapi mengikut Mr Google, harganya mencecah USD 37000.

5. China


"Aku ingat tempat ni pro dengan teknik 'inovasi' barangan. Takkan tak boley menginovasikan kereta pulak.. Macam la tak biase.. Hehe.." Nah, China duduk ditangga ke 5. Mengapa? Untuk pengetahuan anda, di negara ini terkenal dengan teknik pemanduan yang sangat ekstrem. Tak percaya? Sila lihat 'contoh mantap ini'. Nak dijadikan cerita, Scion Fr-S di China berharga USD 44000.

4. Nicaragua


"Lagi satu tempat aku tak pernah dengar. Haish.. Kene bukak buku geografi ni." Nicaragua menduduki tempat ke 4. Kereta di sini sangat mahal dan mengikut sumber, kebanyakkannya tidak mampu untuk membeli kereta dengan harga yang ditetapkan. Kalau mampu pun, pemilik akan berhadapan dengan kadar kerosakan yang tinggi atau potensi untuk dicuri. Sumber dan Mr Google tidak dapat memberikan kita harga untuk kereta Scion Fr-S kerana ia dirahsiakan. Nampak tak permainan dia disitu?

3. Indonesia


"Ngapain begitu mahel sekali mobilnya di Indon mbak? Gwe ngak mampu memilikinya, pantes menunggangin aje taksinya." Indonesia di tempat ke 3 dengan harga untuk Scion Fr-S USD 60000. Nilai mata wang yang rendah bukan penghalang untuk meletakkan harga kereta yang tinggi. 

2. Malaysia


"Tak heran pun. Dah puas dah complain sana sini. Macam tu juge. Cukai bukan main tinggi lagi tapi..." Negara kita, seperti yang dijangka menduduki tempat kedua tempat paling mahal untuk memiliki kenderaan berikutan cukai import yang tinggi (bukan kereta tempatan 2x5 ke mahalnya). Harga untuk kereta Scion Fr-S di Malaysia bernilai hampir USD 74000.

1. Singapura


"Logik la tu. Negara pun kecik. Maju pun maju. Public transportation pun mantap. Mahal sebab nak kawal kadar milik kenderaan la tu." Singapura menjadi tempat paling mahal untuk membeli kereta di dunia dengan harga Scion Fr-S USD 136000! Walaupun begitu, itu tidak menjadi penghalang untuk penduduk tempatan untuk membeli kereta kerana ekonomi negara kecil itu giat membangun. Pelakon Fast and Furious, Michelle Rodrigeuz pun buat muka troll apabila mendengar harga-harga kereta di negara itu. Sila lihat bagaimana 'Letty' buat muka petak di sini.

Sumber : jalopnik.com

Meme Le Monde Dit Que C'est Cher..

Friday, 6 September 2013

Segmen Banjirkan Follower By Memey

Assalamualaikum, Good Morning, Zaoshang Hao and Salam Sejahtera.

Dalam tidak sempat saya siapkan entri untuk hari ini, tengah syok berblogwalking, terjumpa segmen ini. Segmen Banjirkan Follower By Memey ini telah dianjurkan oleh cik Scha Mira, blogger yang menuntut Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang. 

Click the banner to participate along :

Total follower : 90
Tag :  Cik Fie, Cik Amanina

Hendaklah kita para blogger menyokong rakan-rakan blogger yang lain. Semoga masing-masing dapat membantu antara satu sama lain.

Prendre Soin Pour L'Instant..

Thursday, 5 September 2013

Perpindahan Gergasi Musim Ini

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Salam Sejahtera.

Macam-macam ragam dan karenah dapat kita lihat apabila tiba musim bola kali ini. Disini saya ingin menampilkan beberapa pemain yang dilihat sebagai 'mega transfer'. Lupa nak bagitahu, D'Lafee dan Bro Komen adalah Die Hard Fan Real Madrid so kami akan mulakan dengan pemain Real Madrid dulu.. Hehe.. Hala Madrid!


Gareth Bale
Tottenham Hotspurs - Real Madrid : 86 millions 

Gareth Frank Bale, seorang warganegara Wales, berumur 24 tahun (July 16, 1989) telah menjadi pemain termahal dunia, mengatasi Cristiano Ronaldo yang dulu dibeli dengan jumlah 80 juta euro. Bale diberi nombor 11 di Bernabeu dan seorang pemain tengah.


Mesut Ozil
Real Madrid - Arsenal : 42.4 millions 

Mesut Ozil, seorang warganegara Jerman yang beraksi cemerlang di kejohanan EURO 2012, lantas menjadi perhatian dunia. Ozil berumur 24 tahun (October 15, 1989) dan seorang pemain tengah. Tidak dinafikan, ramai peminat Real kecewa dengan perpindahan Ozil (sangat kecewa) tetapi sudah pasti ini ada sebabnya. Salah satu sebab adalah untuk menampung perbelanjaan membawa masuk Bale. Ozil juga menjadi pemain paling mahal pernah dibeli oleh Arsenal.


Gonzalo Higuain
Real Madrid - Napoli : 34.5 millions 

Gonzalo Gerardo Higuain, warganegara Argentina, berumur 25 tahun (December 10, 1987) dan seorang penyerang. Semasa di Real Madrid dibawah pengurusan Jose Mourinho, dia sukar mendapat tempat dan bersaing dengan penyerang dari Perancis, Karim Benzema. Walau bagaimanapun, jasa Higuain di Real Madrid akan tetap dikenang.


Kaka
Real Madrid - AC Milan : Free

Ricardo Izecson dos Santos Leite, warganegara Brazil, berumur 31 tahun (April 22, 1982) dan seorang pemain tengah. Kontraknya tamat di Real Madrid dan berpindah ke AC Milan secara percuma. Kaka yang pada asalnya 'anak emas AC Milan' nampaknya telah kembali ke kelab lamanya yang menaikkan namanya.


Marouane Fellaini
Everton - Manchester United : 27.5 millions 

Marouane Fellaini-Bakkioui, warganegara Belgium, berumur 25 tahun (November 22, 1987) dan seorang pemain tengah. Perpindahan yang tidak dijangka dari pungurus Manchester United yang baru, David Moyes kerana bidaan dibuat di penghujung tempoh pembelian pemain. Fellaini nampaknya akan dapat terus bermian di bawah jurulatih lamanya.


Neymar Jr
Santos - Barcelona : 48.6 millions

Neymar de Silva Santos Junior, warganegara Brazil, berumur 21 tahun (February 5, 1992), dan seorang penyerang. Perpindahan yang mengejutkan ramai pihak. Pemain yang digelar 'Wonderkid' ini menjadi rebutan pelbagai kelab dan akhirnya disambar oleh Barcelona. Gabungan Neymar dan Messi nampaknya bakal menyusahkan Real Madrid.


Radamel Falcao
Atletico Madrid - Monaco : 51 millions

Radamel Falcao Garcia Zarate, warganegara Columbia, berumur 27 tahun (February 10, 1986) dan seorang penyerang. Seorang pemain yang berbakat dan pernah dinobatkan sebagai salah seorang "The Best 11 Eleven in The World". Terdapat berita mengatakan Falcao tidak gembira berada di Monaco dan bersedia untuk berpindah.

Mangez Le Football, Le Football de Sommeil, Jouer Au Football..


Wednesday, 4 September 2013

Aksi-aksi Bollywood yang 'luar biasa'.

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Salam Sejahtera.

Masing-masing tahu kan betapa 'kuat' nya hero-hero hindustan. Kekuatan, kepantasan dan keperwiraan menjangkaui manusia biasa. Dah macam superhero, just kekurangan costume. Sebut pasal amazing, superhuman strength, justice, and also funny, siapa kenal Rajinikanth, atau baru-baru ini terkenal dengan nama 'Sivaji The Boss'? Kalau tak kenal, jangan panggil diri sendiri kaki hindustan la. Chaitt..

Di sini saya nak tunjuk sedikit footage tentang kekuatan hero-hero ni tadi termasuk la The Legendary Rajinikanth (masa muda) yang mana boleh jadi bahan gelak untuk kita orang biasa yang takde superpower.



Watch the video :


video

"Wahahah! Wei, dah tengok belom? Bagi aku, paling epic punyer scene yang muke terbenam dalam tanah dengan kuda sliding bawah lori. Rajinikanth tu memang dilahirkan camtu."

Phirbi Dilhe Hindustani..

Pelajar Sekolah Cuba Bunuh Diri

Assalamualaikum, Good Evening, Xiawu Hao, and Salam Sejahtera.

Sedang kita sibuk dengan perbincangan isu minyak naik dan juga harga barangan pun naik (dah dijangka), timbul pula isu cubaan pelajar untuk membunuh diri.

Kuantan - Pelajar perempuan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Tok Sira  parah selepas cubaan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah tidak berjaya. Cubaan ini disifatkan sebagai niat untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.

Mangsa sekarang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan keadaannya stabil. Polis masih menyiasat motif sebenar disebalik kejadian dan akan mengambil keterangan sejurus selepas dia sedar nanti.


Sumber : KOSMO! Online

"Orang tengah duk sibuk isu minyak ni, boleh plak wat drama kat sekolah. Baru tingkatan satu plak tuh! Ini kalau sebab cintan cintun sampai nak bunuh diri bagai, aku lukukan je budak ni."

Adik-adik di luar sana. Walau apa pun yang terjadi, kes buli, putus cinta, tak siap kerja rumah, kena marah, dan lain-lain ingat bahawa "suicide is not even an option" -D'Lafee-. Dalam senarai cara menyelesaikan masalah, bunuh diri tidak sepatutnya tersenarai. Kenapa? Untuk orang Islam, bunuh diri adalah diharamkan sama sekali dan tidak dibenarkan. Adeh. Berat sangat hukuman orang yang bunuh diri ni. Tolong la ye. Elak-elakkan. 

Le Suicide Est Meme Pas Une Option. -D'Lafee-

10 Tips Untuk Jimat Minyak

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Salam Sejahtera.

Memandangkan isu harga minyak naik tengah hangat diperkatakan, saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjimatkan penggunaan minyak petrol atau diesel, senang kata jimat minyak motor la. Betul? Berikut ada beberapa tips yang berguna untuk dijadikan panduan.



1. Elakkan brek secara mengejut atau memecut secara tiba-tiba.

Ini biasanya terjadi ketika di lampu isyarat. Dari jauh nampak lampu kuning, bukan nak perlahankan kenderaan. Makin laju pula. Tahu-tahu nak dekat, merah pula dan elok pula lori punya 'turn' nak lalu. Mahu tidak brek mengejut. Memecut secara tiba-tiba pula apabila dengar ekzos turbo kat sebelah. Duk main minyak, hati mudah sangat panas. Elok lampu hijau, terus pecut menunjukkan kejantanan. Hei, tahu tak kajian daripada laman automotif mengatakan kalau kita elakkan aksi gagah berani tadi, dapat jimat minyak sebanyak 35%.

2. Tenangkan fikiran semasa memandu.

Bila kita fikir nak cepat, nak berlumba, fikir itu fikir ini, minda jadi tak tenteram dan mulalah terbrek sana, terbrek sini. Secara tidak sedar, dah berapa liter dekat situ. Hah. Tambah dengan 20sen setiap liter. Cukur janggut.

3. Tidak perlu panaskan enjin terlalu lama dan elakkan bermain pedal minyak.

Itu pastinya sudah menjadi kebiasaan untuk memanaskan enjin di awal pagi atau di hujung minggu. Tetapi sebenarnya, tempoh memanaskan enjin ni sekejap sahaja. Start enjin, duduk pakai kasut dan mengunci pintu rumah, dah boleh jalan. Dan selalunya, orang akan bermain pedal minyak ketika memanaskan enjin. Kalau yang bujang, elok pula anak dara jiran sebelah lalu, makin kuat dipressnya. Press la lagi, minyak dah naik ni. Botak awak esok lusa.

4. Amalkan sifat mematikan enjin.

Maksudnya, ketika sedang menunggu rakan atau isteri pergi membeli barang, matikan enjin minyak kenderaan. Walaupun hanya seketika sahaja si Labu masuk 7E membeli choki-choki, matikan juga. Kadang-kadang hairan, kenapa berat sangat nak matikan enjin. Hidupkan kereta bukan susah pun, Pulas kunci je, bukan macam hidupkan motor. 

5. Memandu dalam kelajuan yang tetap.

Amalkan memandu di dalam situasi ini, dalam lingkungan 80 - 100kmj sahaja. Seperti yang dinyatakan di point no 1 tadi, pergerakan mendadak akan menggunakan banyak minyak. Ini kalau balik kampung ikut highway, pantang sangat ada kereta potong. Terus nak catch-up, orang muda panggil 'cucuk belakang bonet'. 

6. Isi minyak pada waktu malam atau awal pagi.

Pada ketika ini, gas daripada minyak kurang daripada siang hari. Gas daripada minyak boleh memenuhkan tangki dengan hanya tekanan udara! So less gas, less air, more fuel. Jangan pula ini adalah kewajipan. Kalau tengah hari tengok minyak dah dekat 'E' tu, isi je la daripada mati tengah jalan. Nanti menolak kereta pula awak tengah hari buta tu.

7. Amalkan sikap 'full tank'.

Berkait dengan point no 6 iaitu konsep gas dan udara. Minyak petrol ni meruap. Semakin luas ruang atau semakin kosong tangki, semakin cepat minyak akan meruap. Tengok separuh pun isi juga bagi penuh tangki. Anda boleh buat kajian sendiri serta buat perbandingan diantara 'last minute fuel' atau 'get the fuel full'. 

8. Kurangkan beban kereta.

Beban yang bertambah akan menggunakan minyak yang berlebihan. Secara mudahnya, si Ali mengangkat 5 bata dengan menggunakan sedikit tenaga. Sedikit demi sedikit bata ditambah sehingga mencecah 25 bata dan sudah tentu semakin banyak tenaga yang diperlukan. Dalam konsep kenderaan, petrol adalah sumber tenaga.

9. Pastikan angin tayar sentiasa mencukupi.

Penjagaan tayar yang baik akan memastikan tayar dalam keadaan yang sempurna dan mempunyai cengkaman yang mantap dan jitu. Rajin-rajinkan diri anda untuk memeriksa keadaan tayar sekali dalam seminggu.

10. Menggunakan penyaman udara lebih jimat dari buka tingkap?

Bunyinya pelik tetapi benar. Tidak dinafikan, penyaman udara atau air-cond akan menggunakan minyak. Konsep membuka tingkap bagi mengelakkan teori tadi sebenarnya menambahkan lagi penggunaan minyak. Apabila tingkap dibuka, angin akan masuk ke dalam kenderaan dan menambah bebanan. Di samping itu, angin yang masuk secara tidak langsung menolak kenderaan ke arah bertentangan, bermaksud kenderaan memerlukan lebih tenaga(petrol) untuk bergerak. Maka, tutuplah tingkap dan gunakan air-cond tapi janganlah melampau. Kalau air-cond kereta anda ada aras 1 -4, janganlah terus pakai aras 4. Amalkan penggunaan di aras 1 atau 2 sahaja.

Minyak sudah pun naik. Pening? Marah? Frust? Siapa tidak. Isu ini masih lagi diperkatakan dan dalam kita berdebat berdibut tentang isu kenaikan harga minyak, dalam masa yang sama, amalkan 10 tips diatas. Mana tahu, hujah, debat, dan keluhan kita membuahkan hasil. Minyak turun, diselitkan dengan amalan diatas, tak tiba-tiba untung pulak kat situ. Selamat mencuba.


Prendre Soin Pour L'Instant..

Tuesday, 3 September 2013

Segmen Tinggalkan Url Blog/Url Entri

Assalamualaikun, Good Evening, Wanshang Hao, and Salam Sejahtera.

Inilah aktivitinya kalau rasa penat buat kerja. Blogwalking sani sini, terjumpa entri ni. Nampak menarik so why not.

Well, if you guys nak join juga, do click the banner :


Well, the organizer is the owner of umikasum.blogspot.com , cik Yumida Huda.

Have fun.. :)

Prendre Soin Pur L'Instant..

Monday, 2 September 2013

Mengamuk gara-gara minyak naik.

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Salam Sejahtera.

Rasa-rasa tak sampai 30 minit lagi lepas saya membuat entri berkenaan kenaikan minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen sebentar tadi. Timbul pula kes orang mengamuk di stesen minyak melepaskan rasa tidak puas hati gara-gara tindakan kerajaan itu. Habis senget-benget tempat pam minyak, pecah sana sini.

Gambar di tempat kejadian :


"Woi! Ape kejadahnye yang berlaku ni? Pergi lepas geram kat situ buat apa. Macam la tokey stesen minyak tu yang naikkan harga minyak."

Saya pasti, ramai yang tidak berpuas hati dengan pengumuman ini. Banyak yang pastinya akan terjejas dek kenaikkan harga minyak ini. Walaupun nampak sedikt 20 sen, tapi sebenarnya besar impaknya. Tetapi, bukan ini caranya. Tuan punya stesen minyak pun mencari rezeki. Atas alasan yang tiada kaitan dengan mereka, tidak semena-mena terpaksa mengeluarkan kos baik pulih. Dalam situasi sekarang, kita haruslah bertenang dan memikirkan jalan yang rasional, bukan mengamuk tak tentu pasal. Tak nampak gah pun, malah nampak seperti berotak kecil. Percayalah.

Penser rationellement..

RON 95, Diesel naik 20 sen

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Salam Sejahtera.

Sedang saya merayau-rayau mencari sesuap nasi malam tadi, rasa lengang jalan raya. Apabila muncul sahaja di jalan besar, nah tu dia. Berderet-deret kereta, van, motor, lori, MPV, SUV, 4v4, dan sewaktu dengannya berbaris di stesen minyak. Ingatkan ada artis ke ape datang kat stesen minyak tu. Rupanya diumumkan RON 95 dan diesel naik sebanyak 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini. Lucu pun ada, macam nak balik kampung jalan jauh masing-masing.

Sedikit maklumat berkenaan isu ini.

Pada jam 1840 bertarikh 2/9/2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kenaikan harga minyak petrol Ron 95 dan minyak Diesel sebanyak 20 sen mulai jam 12.01 tengah malam ini (3/9/13). Perkara itu diumumkan di Putrajaya dalam sebuah sidang media ringkas. Beliau juga turut menyentuh mengenai isu semakan BR1M. Sumber gambar dari Astro Awani.


Mana-mana yang terlepas berita, ini pengumuman berkenaan kenaikan harga minyak :

video

Hah.. Macam mana ni? Minyak sudah naik. Baru bercadang nak beli sport rim baru. Haha.. Berkenaan dengan isu ini, pelbagai pendapat telah dikeluarkan. Well, sudah sedia maklum kalau bahagian parti cap cawan, jawapannya bagaimana dan bahagian parti cap pinggan, jawapannya bagaimana. 

"Cess.. Naik lagi. Pening aku wei. Naek motor kapcai je pun effect doe. Ingat diorg kata menafikan kenaikan harga minyak lpas pilihan raya. Tak paham gak aku."

Bukan setakat Bro Komen, semua orang pun tak suka kalau harga barang naik. Kos sara hidup meningkat, perbelanjaan bertambah. Tak tahu la kalau ada yang suka.

Mari ramai-ramai kita banjiri stesen minyak malam ini. Lagi ramai lagi bagus, memeriahkan majlis buka terbuka yang terakhir. Hehe..

There's a "saying" :

Kalau harga sayur naik, kita tanam sayur.
Kalau harga ayam naik, jangan makan ayam,
Kalau harga minyak naik, jangan guna kenderaan.

Renung-renungkan.. :D

'Merci' Gouvernement..

Proposal Got Trashed!

Assalamualaikum, Good evening, Xiawu Hao and Salam Sejahtera.

Selalu kita lihat budaya masyarakat sekarang melamar ditempat terbuka. Mengapa? Ada beberapa sebab mengapa melamar ditempat terbuka menjadi pilihan. Salah satu ialah untuk mewujudkan suasana romantis. Dan lagi, peluang untuk mendengar 'Yes or I do' lebih tinggi. Biasanya orang disekeliling akan memberi sokongan yang padu.



Tapi what if the girl says 'No, I dont, I dont know, or even worse wtf'? Hah.. Inilah yang terjadi. Macam biasa, D'Lafee masih berbelah bahagi samada kesian, terharu, lucu, atau seram. Hai, lamaran kena tolak depan orang ramai, tak seram? Tapi Bro Komen lanyak je.

"Gahaha.. Mamat ni la. Baru 3 bulan woi! Setahun jagung pun belom lagi tu. Kan dah mendapat."

Watch the video here :

video

Moral of the story..

For the guy : Don't rush into things bro. Awak mengambil langkah terburu-buru. At least get to know each other first and see 'the sign'. 

For the girl : Good for you sebab ada pendirian tersendiri dan tidak terpengaruh dengan surroundings. Tapi hempuk dengan mini guitar? Ouch!

Je Suis Desole Pour Vous.. 

KL Gangster 2 (Bocor)

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Salam Sejahtera.

Well, I believe this is my first entry about movie. Seperti yang kita tahu, KL Gangster arahan Syamsul Yusof sebelum ini mengaut untung yang banyak dan movie KL Gangster 2 amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Ini kerana babak aksi yang menarik, diselitkan lagi dengan plot hidup yang berliku dan juga sifat-sifat moral yang terselindung. Siapa sangka, Adi Putra boleh bawa watak 'Jai' dengan jayanya dan tak dinafikan, wataknya amat menyerlah.



Tetapi, timbul isu tentang KL Gangster 2. KL Gangster 2 yang dijadualkan tayangan pada 3 Oktober ini didapati bocor di internet dan telah dimuat turun secara berleluasa. Ditemu ramah, Datuk Yusof Haslam berkata beliau akan menyaman pihak yang berkaitan jutaan ringgit. Filem yang menelan belanja sebanyak 4.5 juta ringgit itu telah tersebar di internet.Syamsul Yusof nyata amat kecewa dan hanya berkurung di rumah serta memantau alam siber bagi menghapuskan link-link yang ada. Walaupun filem KL Gangster 2 yang tersebar hanyalah raw material dimana hanya 50% peratus kualitinya, tetapi tetap mengakibatkan kerugian di pihak mereka.

Bagaimana boleh jadi begini? Sudah lah bocor, tersebar dan dimuat turun pula. Kena ingat, ini berkaitan dengan untung rugi seseorang. Tiada rasa kasihan langsung ke kat Syamsul Yusof? Segala titik peluh dan usaha direntap begitu sahaja. D'Lafee pun, kalau kena macam tu, geram juga. 4.5 juta tu, bukan sikit. Bukan sama macam harga choki-choki yang dibeli di kedai runcit.

"Haish.. Aku ni kalau ikut hati, nak jugak tengok KL Gangster 2 tu kat Internet. Tapi malas la. Kesian pulak aku tengok mamat Syamsul tu. Yang tak boleh blah nye, kat youtube pun diupload nye. Ape punya jenis la."

Hamboi. Sampai upload di youtube. Melampau tu. Saya jumpa filem itu di youtube tetapi atas dasar kemanusiaan, saya tidak akan kongsi atau berikan tajuk video itu. Orang yang upload tu pun bijak juga, tajuk yang dia letak memang pelik.

Untuk yang membocorkan filem KL Gangster 2 : Insaflah. Buang hasad dengki yang melampau tu. Cuba bersaing secara sihat. Kalau dah rezeki anak-beranak tu, jangan ganggu. Pergi minta maaf.

Untuk yang dah upload, sebar, download KL Gangster 2 : Hah! Bab free, laju je korang. Walau bagaimanapun, berikan sokongan anda kepada industri filem tempatan. Rasa-rasa dah tengok, buat macam belum tengok lagi. Pergi ke pawagam pada 3 Oktober nanti.

Untuk yang belum download atau tonton KL Gangster 2 : Jangan nak gatal-gatal pergi cari link. Alang-alang tak tengok lagi, pergi tengok kat pawagam. Lagi syiok.

Kalau kes macam ni terus berlaku dan mentaliti masyarakat masih seperti ini, bila industri filem kita nak maju, dan bersaing di peringkat antarabangsa?

Soutenir Notre Cinematographique Locale..

Sunday, 1 September 2013

McNugget Freak

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Salam Sejahtera.

Kita semua pernah dengar orang mengamuk atas pelbagai alasan bukan? Kali ini, atas alasan yang saya sendiri tak tahu samada nak bersimpati, sedih, tertanya-tanya atau gelak. At the end, saya pilih gelak. Kisah kali ini adalah tentang seorang wanita dari Ohio, Melodi Dushane yang what we can assume as 'A McNugget Freak' tiba-tiba mengamuk apabila pekerja drive-thru McDonalds menyatakan bahawa McNugget tidak dijual di waktu itu iaitu 0630.


"Ahahaa.. Wei.. You guys need to see this video. It is freaking hilarious!"

Watch the video :


video


Memang kelakar tapi kalau kita di tempat pekerja itu, menggelabah gak tengok tiba-tiba naik sawan macam tu.

Lesson of the day : Less fast food should be good.

Prendre Soin Pour L'Instant.. :D

Friday, 30 August 2013

31 August 1957, The Independence Day

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao dan Salam Sejahtera.

Sebut sahaja bulan Ogos, apa yang anda ingat?

"Aku bukan kaki hafal tarikh. Yang aku ingat, Leo, birthday aku tapi haribulan xingat, Dj Ogos, Hari Raya aritu 3 Ogos 2013 (raya ingat pulak), Shila Amzah 13 Ogos 1990 (aik, bufday Shila Amzah pun tau). Wei, ko ingat aku ni calendar ke ape."

Wah Bro Komen, kate bukan kaki hafal tarikh. Haha. Tapi yang paling penting sekali, sebagai rakyat Malaysia, hari yang paling penting dibulan Ogos ialah hari kemerdekaan, 31 Ogos 1957. Pada tahun itu, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan 'merdeka' sebanyak tiga kali. Nak dijadikan cerita, Tunku Abdul Rahman dihantar untuk membuat perundingan bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan pulang membawa kejayaan.

Cerita pasal fakta, wajib ramai yang menguap. Anyway, ramai yang melaungkan 'Merdeka2' tapi fahamkah anda maksud disebaliknya? Definisi merdeka boleh jadi berbeza bagi setiap orang. Tetapi apa yang perlu diingatkan, kesenangan kita kini bukanlah mudah untuk dikecapi tanpa usaha dan perjuangan nenek moyang kita dulu. Hei, geng-geng nelayan, petani tu semua pun terlibat juga tau. Itu namanya ekonomi.

Dulu, antara sebab kita dijajah adalah kerana kurangnya semangat nasionalisme di dalam diri and frankly, apa bezanya sekarang. Jangan menafikan perkara ini kerana ini adalah hakikat. Apakah itu nasionalisme?
Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.

"Tengok K-Pop, Big Bang, Running Man, Gentleman pandai, tapi tak dihambiknye semangat diorang tu. Gang2 K-Pop tu punye la kuat semangat patriotik nye."

Yes, orang Korea ini sangat patriotik dan bersikap nasionalisme. Kalau anda rajin tengok cerita dan realiti tv Korea, mereka suka dan sangat rancak berborak dan mengangkat nama negara mereka. Kita orang Malaysia, malu nak mengaku negara sendiri. Kalau chatting dengan awek mat saleh, seboleh-boleh nak mengaku orang Singapura. Yang mengaku Perancis pun ada, tu yang tak tahan tu.

Berbeza agama, bangsa, dan fahaman potilik bukanlah penghalang untuk kita untuk mencintai negara kita. Salah satu dialog di dalam cerita Harold and Kumar : Escape From Guantanamo Bay, amat menarik minat saya. "You don't have to believe in your government to be a good American. You just have to believe in your country." Wow man, that quote is deep. Kalau anda tonton cerita itu, anda akan lebih faham maksud disebalik ayat itu. Awesome!

Jadilah rakyat Malaysia yang hebat dan cintailah negara anda. Malaysia adalah tanah tumpah darahku. Merdeka!



Heureux Jour De L'Independence.. :D

Sawang

Assalamualaikun, Good Evening, Wanshang Hao dan Salam Sejahtera.

Apa khabar rakan-rakan blogger saya? Lama tak dengar khabar dan baca entri anda sekalian. Kali ni, saya nak menulis tentang sawang.

Apa itu sawang? Takde ape pun sebenarnya. Haha.. Blog ni dah lama sangat tak berupdate, sampai 'bersawang' dah. I believe, last update bulan March aritu. Dekat 2 3 bulan jugak tinggal. Banyak sangat commitment lain, sampai lupa nak update.

Well, I'll start to write this blog again and provide you guys with useful information, or at least some junk so you guys can read. Haha..

Prendre Soin Pour L'Instant.. :D

Wednesday, 8 May 2013

Say No to Racism - Katakan Tidak Kepada Perkauman

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, How Are You, dan Salam Sejahtera.

Saya sebenarnya nak post pasal benda lain tapi isu ini sangat hangat diperkatakan sekarang. Untuk permulaan, apakah itu racism atau perkauman? Dalam erti kata mudah dan senang kita nak faham dari baca panjang-panjang, racism atau perkauman ni bermaksud membahagikan satu komuniti kepada beberapa puak dan mempercayai salah satu puak itu melebihi puak lain dalam beberapa perkara atau semua.

Kenapa timbul isu perkauman? Benda ni menjadi-jadi selepas pilihanraya kita baru-baru ini. Isu DAP memenangi banyak kerusi, Dato' Seri Najib menyebut tentang 'Chinese Tsunami', perbalahan sesama Melayu dan tidak sepakat kononnya, dan banyak lagi.

Sebelum apa-apa, saya nak tanya beberapa soalan. Ingat lagi isu 13 Mei? Banyak berlaku pertumpahan darah ketika itu. Adalah anda ingin perkara yang sama berulang? Situasi kita ini berpotensi untuk mencetus isu itu kembali. Saya tak nak cakap pasal politik sekarang. Saya nak cakap pasal kemanusiaan, kehidupan masyarakat majmuk dan timbang rasa.

Melayu. Tanah Melayu. Malaysia nama asalnya ialah Tanah Melayu. Majoriti orang Malaysia ialah orang Melayu. Kelebihan juga diberikan kepada orang Melayu berdasarkan perjanjian yang telah termaktub dahulu. Disebabkan perkara ini, orang Melayu merasakan bahawa mereka adalah orang yang dominan di Malaysia. Kepentingan Melayu harus dijaga dan hak mereka adalah sangat penting.

Bumiputra. Masyarakat Sabah dan Sarawak terutamanya. Sabah dan Sarawak dahulunya dikenali sebagai Borneo sebelum menyertai gagasan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Mendapat hak yang sama seperti orang Melayu atas perjanjian menyertai Malaysia. Cina, India, Portugis, dan lain-lain. Kaum yang datang bekerja di Tanah Melayu dan selepas kemerdekaan, diberi hak kerakyatan.

"Woi, ape point ko ni bro? Aku da dpt definition ko ni.. So?"

Minta maaf dahulu sebelum saya berkata apa-apa. Saya seorang Melayu-Melanau dan jujur saya katakan, sebenarnya orang Melayu adalah bangsa yang paling bersifat perkauman di dalam Malaysia ini. Kenapa? Dah awak anti bangsa lain sangat kenapa? Hanya kerana awak penduduk asal kat Tanah Melayu ni? Atau kerana awak ada kelebihan? Pemikiran seperti inilah yang akan membuatkan kita jatuh. Kenapa? Sebentar lagi awak akan faham.

Kenapa Cina, India, dan bangsa-bangsa lain benci orang Melayu? Tidak, mereka sebenarnya tak bencikan Melayu. Apa yang mereka hendak hanyalah dilayan sama rata dan adil. Tiada diskriminasi atau membuat perbandingan. Apa yang memisahkan kita? 'Typical Malaysian Thinking'. Saya suka guna ayat ini. Mindset masing-masing sudah menetapkan bahawa Melayu ni special sangat. Melayu tak ada yang special pun. Sama seperti orang lain.

Nak saya sebutkan tentang sesuatu? Ini mungkin akan memedihkan telinga tapi sekali lagi saya minta maaf. Orang Melayu sebenarnya malas, mudah lupa dan lalai. Tun Dr. Mahathir sendiri pun pernah berkata sedemikian. Terlalu bergantung kepada sesuatu. Apa sesuatu tu? Tak perlu saya mention, kamu sendiri boleh muhasabah diri. Ekonomi negara kita siapa yang pegang? Sudah tentu bukan Melayu tapi Cina. Saya suka cara orang Cina bekerja. Mereka rajin dan komited terhadap sesuatu perkara. Orang India? Mereka sangat ramah dan baik.

"Mane ko tau sume ni? Pandai-pandai buat cerita ni."

Itu antara soalan biasa. Saya mempunyai kawan dari pelbagai bangsa dan saya suka berkawan dengan mereka. Kami boleh bertukar pendapat dan berkongsi ideologi. Saya sedih segelintir orang Melayu melontarkan kata-kata kesat kepada bangsa lain dan ada juga yang menghalau mereka pulang ke negara asal. Apa yang awak cakapkan ni? Negara mereka adalah Malaysia, nak pulang ke mana lagi.  

Lee Chong Wei, pemain badminton No1 dunia, orang Cina. Pendaki gunung Everest pertama Malaysia, orang India. Founder AirAsia, Tony Fernandes, orang apa? Pelakon Hollywood terkenal dari Malaysia, Dato' Michelle Yeoh, orang apa? Banyak lagi la dan tak payah jauh, 10 orang terkaya di Malaysia, berapa orang daripada 10 itu orang Melayu? Hanya Syed Mokhtar Albukhary, itu pun orang Arab.

Saya bukan nak menghina orang Melayu. Apa yang saya nak tekankan disini, saya sedih dengan isu perkauman ini. Saya gembira berkawan dengan semua orang, tak kira agama atau bangsa. Agama Islam kita sendiri mengajar kita agar elakkan dari bersifat perkauman. Hormat agama lain. Kata-kata saya diatas adalah untuk memotivasikan diri kita sendiri agar bersifat daya saing, dapat bentuk yang sihat. Ubah mentaliti kita yang tepu dan tidak rational itu untuk berfikir dengan lebih dalam lagi.

Bimbang jadi seperti Singapura, bukan negara Islam? Seperti yang saya katakan tadi, kita ada perjanjian dan kita ada sistem Sultan sebagai ketua agama. Apa yang Cina, India dan yang lain-lain hendak? Layanan yang sama rata dan adil. Orang Cina sanggup membantu orang Melayu sendiri malah membantu Islam, takkan kita sesama Islam tidak boleh menerima mereka dengan hati yang terbuka mengikut tuntutan agama.

Saya mohon, marilah kita hidup harmoni bersama-sama. Itu lebih menggembirakan dari berbalah sesama kita. Melayu, Cina, India, Bumiputra semua adalah rakyat Malaysia. Please, say no to racism in order to evolve into better human being.


*Kalau ikutkan, banyak lagi yang saya nak sebut tapi panjang ni pun saya rasa orang dah bosan membacanya.

Contre Le Racisme.. :( 

Monday, 6 May 2013

N.A.D.I.A. Contest - Tingkatkan Follower Ke-XXXX

After the issue of PRU 13, I did some blogwalking and checked this contest out. Well, sounds interesting so I decided to participate in it. Check the banner out :


Jumlah Follower : 40

Well, to participate along, do click the banner and it will directly go to the blog owner. Jom join and let's have a fair competition. :)

Prendre Soin Pour L'Instant.. :)

Barisan Nasional menang PRU 13

Assalamualaikum, Wanshang Hao, Good Evening, Apa Khabar, How Are You, and Salam Sejahtera.

Sebentar tadi di TV3, kita dapat dengar pengumuman dan sidang media yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Apa kesimpulannya? Kesimpulannya, Barisan Nasional mengekalkan takhta sebagai kerajaan untuk tempoh lima tahun yang akan datang dengan kerusi parlimen sebanyak 114 setakat tadi.

Tahniah diucapkan kepada pihak Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan takhta sebagai pemerintah negara yang demokratik ini. Pelbagai janji yang dikemukakan sebelum pilihan raya hendaklah ditunaikan kerana rakyat meletakkan kepercayaan mereka terhadap kamu semua. Pemimpin juga hendaklah mengambil berat atas kebajikan rakyat.

"Mane parti cap cawan aku? Tak announce lagi ni? Xkan kalah kot.."

Haha.. So Parti Dacing menang tampuk pemerintahan Malaysia. Bagaimana pula nasib Pakatan Rakyat? Tenggelam dek arus media, tak dengar langsung news pasal mereka. Saya hanyalah seorang rakyat biasa, apa salahnya berikan sedikit ruang kepada parti Pakatan Rakyat. Kita kan negara demokrasi. :)

Kawan-kawan, PRU 13 hampir melabuhkan tirainya. Bagaimana pendapat korang tentang PRU kali ini? Pelbagai isu yang timbul. Isu ape? Korang semua tahu kan isu ape. Takkan nak saya sebut juge. Huhu. Terlalu banyak isu yang diketengahkan. Walau apa pun yang berlaku, D'Lafee hanya berserah kepada Allah S.W.T., dan kepada agama lain, sama-samalah kita harapkan yang terbaik.

*Tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional



Rupture De L'Electricite.

Sunday, 5 May 2013

PRU 13

Assalamualaikum, Wanshang Hao, Hai, Good Evening, How Are You, dan Salam Sejahtera.

Lama saya tak update blog. Bukan tak nak update tapi ada sedikit masalah teknikal. Modem rumah saya disambar petir. Baru 2 3 hari lepas je elok.. Huhu.. Anyway, nampaknya hari yang ditunggu-tunggu dah menjelang tiba. PRU 13. Dah macam festival dah bunyinya. Kalah Jom Heboh, tak ke gitu?

Bendera dah merata-rata kita tengok terpacak dan tergantung, poster habis semua tempat dilekat, even kat tandas awam pun ada. Dah macam mana la perasaan orang yang buang air sambil kena tengok poster muka calon tu. Haha. Ideologi setiap parti sudah juga dikemukakan, kempen telah dilakukan secara besar-besaran. Pelbagai topik kita dengar, provokasi dan kontroversi.

"Eh.. Ape ko ingat artis je reti provokasi kontroversi.. Orang politik lagi hebat uolls!!"

Tapi apa pun usaha yang dilakukan, telah tiba harinya dimana bakal pemimpin kita generasi akan datang ditentukan oleh kita sendiri. Bagaimana? Dah decide nak pilih parti mana? Cap cawan ke pinggan?

D'Lafee ingin berpesan kepada kawan-kawan :


  • Jangan lupa pergi mengundi. Undi anda penentu masa depan negara.
  • Jangan jadi pengundi hantu. Perbuatan anda akan merosakkan proses pengundian.
  • Jangan pula pergi bantai nye pengundi hantu tu. Jikalau ada terjumpa mana-mana pengundi hantu, cuba rakamkan situasi itu dan halang secara baik.
  • Jangan pula lagi merosakkan undi. Undilah elok-elok mengikut prosedur yang dituntut.
  • Keadaan pasti meriah atau rancak esok. Berhati-hatilah sesama diri sendiri. 
  • Lagi sekali D'Lafee nak ingatkan, jangan menimbulkan provokasi dan mengganggu pihak parti lain. Kita adalah negara yang demokratik so please respect other's space.
Eh, berapa banyak jangan la. Haha. Itu hanyalah peringatan bersama. Sama-sama kita nantikan keputusan esok.

Une Concurrence Loyale.. :D