Monday, 25 March 2013

Apa cerita Rozita Che Wan nie?

Saya macam biasa la kan, busy dengan student life nye, kerja memang bertimbun, assignment sana sini. Kadang-kadang tak terambil port hal-hal luar tapi amek juge. Best what gosip ney. Heh, lelaki pun gosip juga ape.

So, lately ney hangat pula isu artis tempatan kita yang sorang ney, Rozita Che Wan. Dah, sape tak kenal memang pelik la. Rozita Che Wan ney antara Top 5 wanita rebutan dalam satu magazine yang saya baca. Lelaki kalau tanya pasal Rozita Che Wan, mahu tak kenal janda idaman seMalaya tu. Kita juga dah sedia maklum yang si Rozita tengah berpacaran dengan Mr Oh My English, Zain Saidin.

"Ahh!! Giler lame aku tak update. Bile pula diorg dua ney couple? Melepas lagi. (T_T)"

So isu yang terbangkit sekarang, gambar Rozita Che Wan duduk bersimpul memakai skirt biru pendek sebelah Abg Oh My English ney. Isu ney sangat hangat diperkatakan sampai Zain Saidin ney terpaksa padam account Instagram nye. Teruk juga Rozita kena sembur dengan masyarakat.

"Terkebil-kebil tengok dah macam Saloma pun ada."

Dah kene sembur sana sini lalu Cik Kiah Spy kita pun mengeluarkan statement bahawasanya berpakaian seksi itu adalah hak miliknya.

Hah.. Bahaya statement ney. Ramai orang mengkritik statement Duta Safi Rania Gold. Antara material yang saya berjaya jumpa adalah di facebook, komen dari Dr. Harlina, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital UKM.


Daripada saya pula, nak komen lebih-lebih pun, sendiri tak perfect mane. Ini ulasan saya ;

  • Dunia artis memang macam tu, ade je yang tak kena nya. Buat itu, buat ini orang tengok. Dah jadi artis ney kira dah automatic jadi role model untuk masyarakat. Nama pun dunia hiburan. Faham-faham la kan.
  • Bukan ke Rozita Che Wan ney memang seksi dari dulu lagi? Kalau di'google'kan nama dia pun seksi-seksi je gambarnya. Hairan juga kenapa sekarang meletup-letup naiknya isu ney. Ke jealous Mr Oh My English dapat couple dengan die? Hehe..
  • Nak perbetulkan orang memang susah. Biar benda baik pun, nanti mula la dapat ayat "Ape ko ingat ko mak aku? Mak aku pun tak larang, ko sibuk dah kenapa.". Cakap ape pun kadang-kadang tepu je, tu yang kelaur statement tu.
  • Bila dipandang dari sudut agama, lebih-lebih lagi Islam, tersembul terdedah macam tu sendiri mahu ingat la kan apa hukumnya. Setuju juga saya dengan Dr. Harlina, tubuh badan kita hanya dipinjam dari Allah S.W.T. , bila-bila boleh kena tarik nikmatnya. Jangan kita terlupa je tentang yang itu.
Juste pour rappel.. :D

0 comments:

Post a Comment