Monday, 25 March 2013

PRU kian hampir.

Hari nie saya ada class dari pukul 8 sampai pukul 6. Ada gap 2 jam sahaja untuk makan, solat, dan buat apa yang patut. Tadi makan tengah hari saya makan nasi putih lauk ayam dengan air Nescafe 'O' Ais.

"Wei, kate topic politik. Ape kebende cerita pasal diari ko ney?"

Haha.. Nak cerita la ney. Sejak 2 3 menjak ney, makin banyak kempen politik yang dapat kita lihat. Parti itu menjanjikan itu, parti ini menjanjikan ini. Masing-masing cuba memenangi hati rakyat. Hari ini sahaja dari pagi sampai la ke petang cerita politik je yang saya dengar. Pasal biru, biru laut, hijau, merah putih biru, merah putih, dan sebagainya. Menarik pun ada. Hehe. Untuk isu ney, ada la juga ulasan saya.


  • Kalau boleh, lihat apa vision and mission parti itu. Apa yang mereka cuba sampaikan dan apa yang mereka bakal lakukan untuk rakyat. Setuju then vote. 
  • Jangan la dikeji-keji mana-mana parti yang ada. Kalau tak suka, diamkan sudah la. Sedap mulut keji kutuk orang, awak bagus sangat ke? Maksudnya, contohnya awak keji parti itu buat ini buat itu semua tak betul, plan is not well organized, involved in many cases, dah yang awak bawa mulut tu baik pula. Orang tengok kan tak sedap. Sia-sia parti yang awak sokong kena label bukan-bukan nanti.Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
  • Instead of blaming other party, its best to improve yourself first. 
  • Kata ada kebebasan hak bersuara. Ya, ada memang ada tapi behave la. Jangan la bersuara bukan-bukan pula. Bersuara bukan-bukan memang orang marah. Mak cik Jenab jiran saya 10 blok pun melenting, siap baling mangkuk tingkat lagi.
  • Bertanding la secara adil dan saksama. Jangan nak busuk hati sangat, go out and disturb the effort of other party. Pergi cabut bendera kawan tu la, kacau perhimpunan or ceramah, buat hal dan sebagainya. Tak best la bro. Kalau kene dekat batang hidung sendiri, nak gak tengok ko senyum sambil minum teh, tak payah marah-marah, boleh?
Undi adalah rahsia. Hehe.. 

Concurrence Loyale.. :D

0 comments:

Post a Comment