Wednesday, 3 April 2013

Tips menggunakan shampoo dengan betul. Shampoo and conditioner?

Boleh ke categorizekan shampoo and stuff under 'Grooming'? Boleh la kowt sebab hygiene pun can be categorize as grooming. So ini first post saya tentang grooming. Inipun sebab ada kawan tanya pendapat baru-baru ini.

Ramai yang berkata ''Ape gune shampoo nie? Shampoo tak shampoo rase cam same je.", dan ada juga yang berhujah "Ceh! Dasar iklan. Kata boleh cure dandruff la, rambut lurus bak sutera la, elok macam dawai je rambut ney".

Jangan dimarah iklan-ilkan tu. Tak dinafikan iklan biasanya akan melebih-lebih dalam mempromosikan barang mereka tapi kalau produk itu tak berkesan, takkan la boleh survive dalam market sampai sekarang. Penat cari pakar rambut cam Yuko Yamashita tolong create shampoo. Sebenarnya, ada teknik nak bagi shampoo tu berkesan, ikut jenis apa yang dikehendaki. Tekniknya pun simple je.

What is shampoo?

Shampoo ingin saya tekankan, bukanlah untuk rambut tapi untuk kulit kepala. Kalau korang baca kat belakang tu, selalu ditekankan tentang scalp. Saya pasti ramai yang ikut sedap picit shampoo dan terus tepek kat rambut then bilas. Nampak buih tu kire dah shampoo la. Apa kata gunakan cara ini :


  1. Mulakan dengan mandian macam biasa. Basahkan seluruh anggota badan, kepala especially. Takkan la masuk-masuk bilik air, sangkut tuala terus shampoo. Cam pelik je.
  2. Then, picit shampoo di tapak tangan. Eh eh, jangan tepek lagi. Nak cepat je.
  3. Gunakan hujung jari anda, tekapkan di shampoo dan gosok bahagian kulit kepala anda. Satu bahagian ke satu bahagian. Kalau saya, saya mula dari kanan kepala, kiri, depan, atas, dan belakang. Ingin saya tegaskan, jangan gunakan kuku, gunakan hujung jari. Kalau guna kuku, kulit kepala boleh rosak.
  4. Oppp, jangan bilas lagi. Tunggu sekurang-kurangnya 3-5 minit sebelum bilas. Kenapa? Ini untuk membiarkan kulit kepala menyerap intipati shampoo tu. Dalam tempoh tu, gosok la gigi ke, sabun badan ke.
  5. Lepas 5 minit, bilas kepala hingga bersih, sampai hilang kesan shampoo dan buih di kepala.

What is conditioner?

Conditioner ney la baru untuk rambut. Ianya digunakan selepas shampoo tadi. Conditioner adalah produk penjagaan rambut yang mengubah serta menjaga penampilan rambut. Ada shampoo yang ada conditioner dan ada yang tidak. Cara untuk menggunakan conditioner adalah seperti berikut : 

  1. Okay. Conditioner ada banyak jenis, bergantung kepada jenis rambut dan masalahnya. Produk seperti L'oreal mempunyai banyak jenis shampoo dan conditioner so make sure that you choose the right product for your hair.
  2. Biarkan rambut anda dalam keadaan lembab, bukan basah. Maksudnya, lepas shampoo tadi, lap sedikit rambut anda tapi jangan sampai kering pula.
  3. Picit kuantiti yang sesuai ke tapak tangan dan mula mengurut rambut anda bermula dari kulit kepala sampai ke hujung rambut.
  4. Lagi bagus kalau menggunakan sikat yang bergigi luas, sebab ianya lagi rata dan kena pada setiap helai rambut.
  5. Sesudah itu, biarkan selama 1-2 minit. Tadi dah gosok gigi, sabun badan. Kali ni cuci la muka ke, ape ke. Kalau tak tahu nak buat apa, bersenam la kejap. Huhu.
  6. Sesudah itu, bilas rambut anda selama 20 - 30 saat, bagi betul-betul bersih.

Cuba tips-tips di atas dan lihat kesannya.Nak bagitau, shampoo pun pilih tuan tau. Tak semua shampoo sesuai untuk semua orang. Ada orang tak boleh pakai shampoo X tapi boleh pakai shampoo K. Anda kena cuba satu persatu dan lihat samada rambut anda sesuai tak dengan shampoo dan conditioner itu. Juga, amalkan rutin diatas sekurang-kurangnya 2 - 3 hari sekali.

"Bro ney cam expert je tentang rambut-rambut ney. Kerja kat saloon ke?"

Saya tak expert pun, sendiri pun refer dengan orang lain, dengan pakar. Nak kongsi pengetahuan dengan orang lain. Tips diatas bukan untuk gadis menawan sahaja, lelaki kacak pun boleh guna tips tu. :)

Vos photos de toilettage qui vous etes.. :D

0 comments:

Post a Comment