Saturday, 13 April 2013

Tips Menghilangkan Bau Kaki

Hai.. Lama saya tak update blog. Tak sempat nak tulis pun, dengan assignment, quiz, test, presentation, side business, fuhh. Haha. So kali ini, entri saya berkenaan bau kaki or nama pasar yang saya pernah dengar, cagu. 

"Haish bro.. Lame tak update blog, tau2 keluar cerite pasal bau kaki. Ape cer ney?"

Haha.. baru-baru ni pengalaman saya menguruskan satu program. Semua peserta kena masuk satu bilik yang tertutup ni so kena buka kasut. Elok semua dah masuk, ada satu bau sampai ke hidung saya, memang semerbak. Tak nak kuat pula bau tu sampai ada orang lain yang dah terkulat-kulat saya tengok muka. Dah la bilik berair-cond. Nak saya cari orang tu, malu pula dia nanti.

So macam mana nak hilangkan bau kaki ni? Kena rendam kaki dalam air bunga ke? Tak pun kena jemur kat tengah panas? Nak lagi pelik, kena pakai perfume kat kaki ke? Tak rumit pun sebenarnya. Ini adalah tips atau langkah mengelakkan bau kaki:



  • Elak memakai stoking yang lembap atau berulang kali, maksudnya 2-3 hari stoking yang sama. Abang kakak, takkan la ade sepasang je stoking. Saya pernah jumpa 3 pasang tak sampai RM10 pun. Malas tukar sangat pun, sepasang pakai la untuk 2 hari, lepas tu tukar. Kalau basah, wajib tukar.
  • Pakai kasut yang mempunyai pengudaraan yang baik, maksudnya selesa la senang. Kalau kaki saiz 7, jangan pula pakai kasut saiz 6. Dah macam sarung nangka dah nanti. Besar sangat pun tak elok, macam Uncle McDonald tu haa
  • Sentiasa membersihkan kaki anda. Kaki pun nak bersih juga, hari-hari mengadap lantai je. Kekerapan membasuh kaki dapat menyegarkan kulit kaki serta mengelakkan bau kaki. Kenapa sebelum tidur kena basuh kaki? Even untuk orang Islam, dalam wudu'k pun ada basuh kaki kan.
  • Pakai krim kaki untuk lembutkan kaki. Ini memang payah nak jumpa. Tapi tak salah nak dipraktikkan. Kalau dah ada masalah bau kaki yang serius, takkan tak nak cuba. Kalau takde masalah bau kaki pun buat juga, lagi awesome.
Untuk gadis menawan dan lelaki kacak diluar sana, selamat mencuba!!

Vos photos de toilettage qui vous etes.. :D


0 comments:

Post a Comment