Tuesday, 16 April 2013

Pejabat Pos 'Kualiti dan Janji'

Assalamualaikum, Hai, Salam Sejahtera dan Selamat Petang..

Cerita pasal pejabat pos ni, mesti tak lain wajib pasal surat. Tapi orang sekarang pergi pejabat pos jarang sangat nak pos surat peribadi. Kenapa? Kalau jumpe orang dekat pejabat pos, nak bayar bil la, nak upgrade license la, urusan pejabat la. Tak ada dah dengar pergi pejabat pos nak pos surat cinta, surat kepada kawan, surat kepada sahabat pena, even kad raya pun pakai Facebook!

Sebut pasal surat ni, saya ada satu pengalaman. Baru lagi. Korang kaji senario ni.

Saya ada 2 surat penting untuk dihantar secepat mungkin, mengenai pinjaman yang saya lakukan. Basically, this is a very important courier that need to be delivered ASAP. So saya pun menggunakan khidmat pos ekspress untuk menghantar surat ini. Setelah seminggu, saya dapat panggilan yang surat yang dikirim tak sampai lagi. Ambil positif la, maybe tayar pancit ke, traffic jam ke, ada masalah system ke kan (tu la orang kita). Saya expect after that call, maybe sampai la 2 3 hari lepas tu. 2 minngu lebih yang berikutnya, saya dapat lagi panggilan mangatakan surat tak sampai-sampai lagi. Apa dah jadi?


Pejabat pos manakah ini?

"Ape cer ni? Dah dekat 2 minggu. Surat tak sampai2 lagi. Kate pos ekspress, akan sampai dalam masa 2 3 hari. Ini da berhari-hari, pun tak sampai lagi. Surat penting tu woi!!"

Ikutkan hati, nak marah juga macam Bro Komen tu. Tapi kita cuba cara baik, tak salah kan. Selepas mendapat panggilan, keesokan harinya saya pun pergi ke pejabat pos untuk tanya apa dah jadi dengan surat saya. Setelah tanya sana sini, dia kata dia tak boleh buat apa-apa lantas memberi saya satu nombor untuk dihubungi. Eh, saya sendiri pula kena call? Takpe la saya pun call. Hasil keputusan dari nombor yang saya dapat tadi dan menghubungi orang itu, saya dapat lagi satu nombor untuk dihubungi. Eh, nombor lagi? Dengan tahap kesabaran yang amat tinggi, saya pun call la juga tapi tak diangkat. 2 3 kali call pun sama.

"Heshh!! Geram btol la.. Service ape kebenda macam ni.. Tak mesra pelanggan langsung.. Dah la lambat buat kerja, bagi banyak nombor suruh pelanggan call sendiri, call tak angkat pula tu."

Ceritanya, panggilan pertama yang saya buat tu katanya, salah satu surat saya dah sampai beberapa hari lepas. Lagi satu dah sampai ke pejabat pos di daerah itu, tapi tak sampai ke penerima kerana tiada rekod keluar dari surat tu. Zzz.. Susah la macam ni..

Bila dikenangkan, D'Lafee nak kata :

  • Bila mana public servant, maksudnya awak berkhidmat untuk masyarakat. Service haruslah mesra pelanggan dan kepuasan pelanggan adalah penting. Jangan la susahkan pelanggan.
  • Pos Ekspress. Pos yang menjanjikan surat akan sampai dalam masa 2 3 hari. Seminggu tak sampai saya boleh terima lagi. 2 minggu lebih macam mana pula?
  • Kita tidak tahu apa isi kandungan surat itu so do treat every single letter as an important letter. Highlighted, surat saya tu memang sangat penting.
  • Typical Malaysian memang sangat murah hati dan lemah lembut. Biar la, benda nak jadi. Selalu kita dengar kan? Kalau di negara luar, bila mana service tak seperti yang dijanjikan, laju je nak menyaman.
  • Macam mana surat itu boleh bersarang kat pejabat pos tu? Agak-agak apa mereka buat? Saya malas nak buat andaian.
  • Tiada effort nak follow-up dengan customer. Walhal, dekat sampul tu disertakan alamat pengirim dan penerima, juga nombor telefon pengirim dan penerima. Tiada satu panggilan pun dari pejabat pos.

Apa yang awak bagi dan tunjuk, melambangkan apa yang awak wakilkan. Kalau begini kualiti yang dipamerkan, agak-agak ape imej yang masyarakat dapat lihat? Kalau kena pada masyarat luar atau pelancong asing, imej ape agak-agak yang dipamerkan untuk negara? 

Hanya berharap servis dapat dipertingkatkan lagi dan tolong cepat sikit pos surat saya.

Service signifie tout.. :D

2 comments:

  1. pejabat pos mana tu? ish
    servis low susah la org ramai nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Susah service mcm ni.. Dah la surat penting.. Adoi..

      Delete