Tuesday, 23 April 2013

Setiap orang satu undi

Gelombang PRU 13 sudah semakin hampir. Hari penamaan calon pun baru sahaja beberapa hari berlalu. Dekat blog, surat khabar, facebook semua sedang membincangkan isu pilihan raya kali ini. Teknik berkempen, tak usahlah dibangkitkan. Macam-macam ada. Sendiri pun tahu kan tapi bukan ini yang saya nak cerita. Setiap orang satu undi. Apakah maksudnya?

"Aku sokong betul dengan parti cap cawan ni. Ape bende la parti lagi satu tu. Tak boleh pakai langsung!"

Nampak sifat cintakan parti tu dari Bro Komen kita. So cerita yang saya nak tekankan sekarang, kita haruslah keluar mengundi. Setiap orang hanya boleh mengundi sekali dan satu undi itu boleh mengubah segalanya.

"Malas la aku. Ape beza kalau aku g mengundi. Mesti menang nyer parti cap cawan aku tu. Tengok info sume tau dah."

Tak boleh la macam itu Bro Komen. Kenapa? Ini sebabnya. Contoh, parti cap cawan dan parti cap pinggan terikat dengan jumlah undian yang sama. Kalau Bro Komen tadi turun mengundi, kan dah menang mudah untuk parti cap cawan. Undian setiap pihak amat membantu dalam memudahkan proses pilihan raya kita. Kate sayang sangat parti, setuju dengan manifesto yang dijanjikan, so kenalah mengundi.

D'Lafee ingin berpesan :

  • Kalau sudah berumur 21 dan keatas, pergilah mengundi. 
  • Lebih-lebih lagi, yang sudah mendaftar. Kalau nak daftar sekarang, baik tak payah. Macam kawan saya baru-baru ini nak pergi mendaftar, kata orang itu ''Owh.. Dah boleh mengundi ni, tapi 5 tahun lagi la.". Kan dah sia-sia.
  • Sekali lagi, buat pilihan yang bijak. Kaji motif parti yang berkenan dan lihat sumber dari pelbagai sudut agar malkumat yang diterima tidak salah.
  • Kalau obses sangat dengan parti yang disokong, sokong dengan sepenuh hati dan ikhlas. Jangan g kacau parti lain. Mak Timah keluar dari dapur lekuk dengan senduk baru tau.
  • Undi anda amat penting untuk negara.
  • Kalau dah bebal sangat tak keluar mengundi tapi sokong bersungguh salah satu parti, tengok-tengok kalah bertanding pula. Jangan nak berleter sana sini. Orang dah suruh keluar mengundi, awak sedap hirup air kopi kat rumah. Kita ada hak untuk berleter apabila kita keluar mengundi. Hehe.
  • D'Lafee keluar mengundi tak? Ya, jangan tidak.
  • D'Lafee sokong parti mana? Cap cawan la. Hehe.. Undi adalah rahsia.

Prendre Soin Pour L'instant.. :D


8 comments:

  1. rugi kalau tak pergi ngundi ni uits..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sangat rugi.. Itu dah jd tggungjawab kite kan.. :)

      Delete
  2. hehe..selamat mengundi..undi kita penentu masa dpn ngara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. In Syaa Allah Latifah.. Selamat mengundi juge.. :)

      Delete
  3. tak sabar nk mengundi... 1 undi pun dh bermakna :)

    ReplyDelete
  4. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde mslh.. Thanx dtg singgah.. :)

      Delete