Thursday, 4 April 2013

Pembubaran Parlimen

Setelah lama kita menanti, akhirnya kelip-kelip mata Perdana Menteri Malaysia buat masa ini, Dato' Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah mengadap Yang Dipertuan Agong pada 3 April 2013, jam 0825 dan diperkenankan untuk membubarkan parlimen. Maka, kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan sementara dan segala peruntukkan adalah terhad.



Nampaknya bahang PRU ke-13 dah makin hangat membara. Bila tengok kat tepi-tepi jalan, penuh bendera parti masing-masing. Kempen-kempen dan video-video juga berkeliaran untuk menarik hati rakyat dan meraih undi. Berkemungkinan minggu depan senarai calon yang bertanding akan dikeluarkan. Apa-apa pun, berkempenlah secara adil dan bersih. Rakyat zaman millenium mampu melihat dan berfikir.

"Amacam? Agak-agak '1 Malaysia' ke 'Ini kali lah!' yang dapat memikat hati rakyat? Nampak cam menarik je. Heheh."

*Sorry lambat sket update pasal bende ney, internet problem. (T_T)

Prendre Soin Pour L'instant.. :D

4 comments: