Monday, 1 April 2013

April Fool

March sudah berlalu, tak mungkin kembali lagi. Boleh je nak kembali tapi March 2014 la pulak kan tapi apa yang berlaku pada kita ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Selepas March, bulan apa? Ya, April. Apa yang famous tentang April ialah pada 1hb April, iaitu April Fool. Setakat saya hidup, macam-macam prank dah saya lihat apabila tibanya April Fool. Terserlah kekreatifan orang-orang kita bab mengenakan orang ney. Ade sekali tu kenalan saya, punya yakin diterima masuk ke Akademi Fantasia, dah nak beli tiket bas ke K.L. dah, bawa beg siap. Kesian pun ada, lucu pun ada.

"Hamboi ko, sedap sangat mengenakan member tu ye. Dah terkumat-kamit aku tengok muke kesian mamat tu. Tak cun betul cara ko salurkan kekreatifan ko ney."

Itu masa tak ambil tahu. Eh, tak ambil tahu pasal apa pula? Untuk yang beragama Islam, HARAM hukumnya menyambut April Fool. Jeng Jeng Jeng..

"Kami rakyat Malaysia! Berkongsi budaya so kami pun nak celebrate seperti agama dan kaum lain juga!"

Memang boleh pun. Kita semua rakyat Malaysia, satu negara dan saling menghormati antara satu sama lain. Tiada masalah untuk Cina sambut perayaan Melayu, India sambut perayaan Cina, or Cina menyambut perayaan Bumiputera. Tapi kita harus la melihat apakah motif perayaan or sambutan itu, khususnya orang Islam.

Untuk mengetahuan, April Fool ini sebenarnya adalah hari memperingati pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi. Perayaan itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada March 1487 Masihi.

Lagipun, ada lagi satu sumber yang juga mengatakan perbuatan menipu boleh menjatuhkan maruah, merendahkan martabat kemanusiaan, dan juga menyesatkan akidah umatnya.

Sekarang sudah tahu bukan? Hehe. Jangan risau, saya pun pernah sambut sakan April Fool ini tanpa mengetahui perkara sebenar disebalik sambutan perayaan ini. Semua orang pun pernah buat silap so kita perlulah menyesali perbuatan kita dan memohon keampunan terhadap yang Maha Esa.


References Throughout April Fool :

wowberita.org (Hukum Menyambut April Fool)

shafiqolbu.wordpress.com (Hukum dan fatwa menyambut April Fool)

La Connaissance Est Importante.. :D


0 comments:

Post a Comment