Wednesday, 8 May 2013

Say No to Racism - Katakan Tidak Kepada Perkauman

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, How Are You, dan Salam Sejahtera.

Saya sebenarnya nak post pasal benda lain tapi isu ini sangat hangat diperkatakan sekarang. Untuk permulaan, apakah itu racism atau perkauman? Dalam erti kata mudah dan senang kita nak faham dari baca panjang-panjang, racism atau perkauman ni bermaksud membahagikan satu komuniti kepada beberapa puak dan mempercayai salah satu puak itu melebihi puak lain dalam beberapa perkara atau semua.

Kenapa timbul isu perkauman? Benda ni menjadi-jadi selepas pilihanraya kita baru-baru ini. Isu DAP memenangi banyak kerusi, Dato' Seri Najib menyebut tentang 'Chinese Tsunami', perbalahan sesama Melayu dan tidak sepakat kononnya, dan banyak lagi.

Sebelum apa-apa, saya nak tanya beberapa soalan. Ingat lagi isu 13 Mei? Banyak berlaku pertumpahan darah ketika itu. Adalah anda ingin perkara yang sama berulang? Situasi kita ini berpotensi untuk mencetus isu itu kembali. Saya tak nak cakap pasal politik sekarang. Saya nak cakap pasal kemanusiaan, kehidupan masyarakat majmuk dan timbang rasa.

Melayu. Tanah Melayu. Malaysia nama asalnya ialah Tanah Melayu. Majoriti orang Malaysia ialah orang Melayu. Kelebihan juga diberikan kepada orang Melayu berdasarkan perjanjian yang telah termaktub dahulu. Disebabkan perkara ini, orang Melayu merasakan bahawa mereka adalah orang yang dominan di Malaysia. Kepentingan Melayu harus dijaga dan hak mereka adalah sangat penting.

Bumiputra. Masyarakat Sabah dan Sarawak terutamanya. Sabah dan Sarawak dahulunya dikenali sebagai Borneo sebelum menyertai gagasan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Mendapat hak yang sama seperti orang Melayu atas perjanjian menyertai Malaysia. Cina, India, Portugis, dan lain-lain. Kaum yang datang bekerja di Tanah Melayu dan selepas kemerdekaan, diberi hak kerakyatan.

"Woi, ape point ko ni bro? Aku da dpt definition ko ni.. So?"

Minta maaf dahulu sebelum saya berkata apa-apa. Saya seorang Melayu-Melanau dan jujur saya katakan, sebenarnya orang Melayu adalah bangsa yang paling bersifat perkauman di dalam Malaysia ini. Kenapa? Dah awak anti bangsa lain sangat kenapa? Hanya kerana awak penduduk asal kat Tanah Melayu ni? Atau kerana awak ada kelebihan? Pemikiran seperti inilah yang akan membuatkan kita jatuh. Kenapa? Sebentar lagi awak akan faham.

Kenapa Cina, India, dan bangsa-bangsa lain benci orang Melayu? Tidak, mereka sebenarnya tak bencikan Melayu. Apa yang mereka hendak hanyalah dilayan sama rata dan adil. Tiada diskriminasi atau membuat perbandingan. Apa yang memisahkan kita? 'Typical Malaysian Thinking'. Saya suka guna ayat ini. Mindset masing-masing sudah menetapkan bahawa Melayu ni special sangat. Melayu tak ada yang special pun. Sama seperti orang lain.

Nak saya sebutkan tentang sesuatu? Ini mungkin akan memedihkan telinga tapi sekali lagi saya minta maaf. Orang Melayu sebenarnya malas, mudah lupa dan lalai. Tun Dr. Mahathir sendiri pun pernah berkata sedemikian. Terlalu bergantung kepada sesuatu. Apa sesuatu tu? Tak perlu saya mention, kamu sendiri boleh muhasabah diri. Ekonomi negara kita siapa yang pegang? Sudah tentu bukan Melayu tapi Cina. Saya suka cara orang Cina bekerja. Mereka rajin dan komited terhadap sesuatu perkara. Orang India? Mereka sangat ramah dan baik.

"Mane ko tau sume ni? Pandai-pandai buat cerita ni."

Itu antara soalan biasa. Saya mempunyai kawan dari pelbagai bangsa dan saya suka berkawan dengan mereka. Kami boleh bertukar pendapat dan berkongsi ideologi. Saya sedih segelintir orang Melayu melontarkan kata-kata kesat kepada bangsa lain dan ada juga yang menghalau mereka pulang ke negara asal. Apa yang awak cakapkan ni? Negara mereka adalah Malaysia, nak pulang ke mana lagi.  

Lee Chong Wei, pemain badminton No1 dunia, orang Cina. Pendaki gunung Everest pertama Malaysia, orang India. Founder AirAsia, Tony Fernandes, orang apa? Pelakon Hollywood terkenal dari Malaysia, Dato' Michelle Yeoh, orang apa? Banyak lagi la dan tak payah jauh, 10 orang terkaya di Malaysia, berapa orang daripada 10 itu orang Melayu? Hanya Syed Mokhtar Albukhary, itu pun orang Arab.

Saya bukan nak menghina orang Melayu. Apa yang saya nak tekankan disini, saya sedih dengan isu perkauman ini. Saya gembira berkawan dengan semua orang, tak kira agama atau bangsa. Agama Islam kita sendiri mengajar kita agar elakkan dari bersifat perkauman. Hormat agama lain. Kata-kata saya diatas adalah untuk memotivasikan diri kita sendiri agar bersifat daya saing, dapat bentuk yang sihat. Ubah mentaliti kita yang tepu dan tidak rational itu untuk berfikir dengan lebih dalam lagi.

Bimbang jadi seperti Singapura, bukan negara Islam? Seperti yang saya katakan tadi, kita ada perjanjian dan kita ada sistem Sultan sebagai ketua agama. Apa yang Cina, India dan yang lain-lain hendak? Layanan yang sama rata dan adil. Orang Cina sanggup membantu orang Melayu sendiri malah membantu Islam, takkan kita sesama Islam tidak boleh menerima mereka dengan hati yang terbuka mengikut tuntutan agama.

Saya mohon, marilah kita hidup harmoni bersama-sama. Itu lebih menggembirakan dari berbalah sesama kita. Melayu, Cina, India, Bumiputra semua adalah rakyat Malaysia. Please, say no to racism in order to evolve into better human being.


*Kalau ikutkan, banyak lagi yang saya nak sebut tapi panjang ni pun saya rasa orang dah bosan membacanya.

Contre Le Racisme.. :( 

2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM , DENGAN SUKACITANYA DIMAKLUMKAN DISINI ADA G.A TERBESAR MEI, MEMANG AWESOME . HADIAH TOP REFERRAL SEHINGGA RM150.++ . JOM JOM . ADA BANYAK LAGI HADIAH . ANDA DI TAG #311
    LINK TAGGING :
    http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/tagging3.html
    link G.A :
    http://officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html

    ReplyDelete