Wednesday, 4 September 2013

10 Tips Untuk Jimat Minyak

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Salam Sejahtera.

Memandangkan isu harga minyak naik tengah hangat diperkatakan, saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjimatkan penggunaan minyak petrol atau diesel, senang kata jimat minyak motor la. Betul? Berikut ada beberapa tips yang berguna untuk dijadikan panduan.



1. Elakkan brek secara mengejut atau memecut secara tiba-tiba.

Ini biasanya terjadi ketika di lampu isyarat. Dari jauh nampak lampu kuning, bukan nak perlahankan kenderaan. Makin laju pula. Tahu-tahu nak dekat, merah pula dan elok pula lori punya 'turn' nak lalu. Mahu tidak brek mengejut. Memecut secara tiba-tiba pula apabila dengar ekzos turbo kat sebelah. Duk main minyak, hati mudah sangat panas. Elok lampu hijau, terus pecut menunjukkan kejantanan. Hei, tahu tak kajian daripada laman automotif mengatakan kalau kita elakkan aksi gagah berani tadi, dapat jimat minyak sebanyak 35%.

2. Tenangkan fikiran semasa memandu.

Bila kita fikir nak cepat, nak berlumba, fikir itu fikir ini, minda jadi tak tenteram dan mulalah terbrek sana, terbrek sini. Secara tidak sedar, dah berapa liter dekat situ. Hah. Tambah dengan 20sen setiap liter. Cukur janggut.

3. Tidak perlu panaskan enjin terlalu lama dan elakkan bermain pedal minyak.

Itu pastinya sudah menjadi kebiasaan untuk memanaskan enjin di awal pagi atau di hujung minggu. Tetapi sebenarnya, tempoh memanaskan enjin ni sekejap sahaja. Start enjin, duduk pakai kasut dan mengunci pintu rumah, dah boleh jalan. Dan selalunya, orang akan bermain pedal minyak ketika memanaskan enjin. Kalau yang bujang, elok pula anak dara jiran sebelah lalu, makin kuat dipressnya. Press la lagi, minyak dah naik ni. Botak awak esok lusa.

4. Amalkan sifat mematikan enjin.

Maksudnya, ketika sedang menunggu rakan atau isteri pergi membeli barang, matikan enjin minyak kenderaan. Walaupun hanya seketika sahaja si Labu masuk 7E membeli choki-choki, matikan juga. Kadang-kadang hairan, kenapa berat sangat nak matikan enjin. Hidupkan kereta bukan susah pun, Pulas kunci je, bukan macam hidupkan motor. 

5. Memandu dalam kelajuan yang tetap.

Amalkan memandu di dalam situasi ini, dalam lingkungan 80 - 100kmj sahaja. Seperti yang dinyatakan di point no 1 tadi, pergerakan mendadak akan menggunakan banyak minyak. Ini kalau balik kampung ikut highway, pantang sangat ada kereta potong. Terus nak catch-up, orang muda panggil 'cucuk belakang bonet'. 

6. Isi minyak pada waktu malam atau awal pagi.

Pada ketika ini, gas daripada minyak kurang daripada siang hari. Gas daripada minyak boleh memenuhkan tangki dengan hanya tekanan udara! So less gas, less air, more fuel. Jangan pula ini adalah kewajipan. Kalau tengah hari tengok minyak dah dekat 'E' tu, isi je la daripada mati tengah jalan. Nanti menolak kereta pula awak tengah hari buta tu.

7. Amalkan sikap 'full tank'.

Berkait dengan point no 6 iaitu konsep gas dan udara. Minyak petrol ni meruap. Semakin luas ruang atau semakin kosong tangki, semakin cepat minyak akan meruap. Tengok separuh pun isi juga bagi penuh tangki. Anda boleh buat kajian sendiri serta buat perbandingan diantara 'last minute fuel' atau 'get the fuel full'. 

8. Kurangkan beban kereta.

Beban yang bertambah akan menggunakan minyak yang berlebihan. Secara mudahnya, si Ali mengangkat 5 bata dengan menggunakan sedikit tenaga. Sedikit demi sedikit bata ditambah sehingga mencecah 25 bata dan sudah tentu semakin banyak tenaga yang diperlukan. Dalam konsep kenderaan, petrol adalah sumber tenaga.

9. Pastikan angin tayar sentiasa mencukupi.

Penjagaan tayar yang baik akan memastikan tayar dalam keadaan yang sempurna dan mempunyai cengkaman yang mantap dan jitu. Rajin-rajinkan diri anda untuk memeriksa keadaan tayar sekali dalam seminggu.

10. Menggunakan penyaman udara lebih jimat dari buka tingkap?

Bunyinya pelik tetapi benar. Tidak dinafikan, penyaman udara atau air-cond akan menggunakan minyak. Konsep membuka tingkap bagi mengelakkan teori tadi sebenarnya menambahkan lagi penggunaan minyak. Apabila tingkap dibuka, angin akan masuk ke dalam kenderaan dan menambah bebanan. Di samping itu, angin yang masuk secara tidak langsung menolak kenderaan ke arah bertentangan, bermaksud kenderaan memerlukan lebih tenaga(petrol) untuk bergerak. Maka, tutuplah tingkap dan gunakan air-cond tapi janganlah melampau. Kalau air-cond kereta anda ada aras 1 -4, janganlah terus pakai aras 4. Amalkan penggunaan di aras 1 atau 2 sahaja.

Minyak sudah pun naik. Pening? Marah? Frust? Siapa tidak. Isu ini masih lagi diperkatakan dan dalam kita berdebat berdibut tentang isu kenaikan harga minyak, dalam masa yang sama, amalkan 10 tips diatas. Mana tahu, hujah, debat, dan keluhan kita membuahkan hasil. Minyak turun, diselitkan dengan amalan diatas, tak tiba-tiba untung pulak kat situ. Selamat mencuba.


Prendre Soin Pour L'Instant..

0 comments:

Post a Comment