Monday, 2 September 2013

KL Gangster 2 (Bocor)

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Salam Sejahtera.

Well, I believe this is my first entry about movie. Seperti yang kita tahu, KL Gangster arahan Syamsul Yusof sebelum ini mengaut untung yang banyak dan movie KL Gangster 2 amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Ini kerana babak aksi yang menarik, diselitkan lagi dengan plot hidup yang berliku dan juga sifat-sifat moral yang terselindung. Siapa sangka, Adi Putra boleh bawa watak 'Jai' dengan jayanya dan tak dinafikan, wataknya amat menyerlah.



Tetapi, timbul isu tentang KL Gangster 2. KL Gangster 2 yang dijadualkan tayangan pada 3 Oktober ini didapati bocor di internet dan telah dimuat turun secara berleluasa. Ditemu ramah, Datuk Yusof Haslam berkata beliau akan menyaman pihak yang berkaitan jutaan ringgit. Filem yang menelan belanja sebanyak 4.5 juta ringgit itu telah tersebar di internet.Syamsul Yusof nyata amat kecewa dan hanya berkurung di rumah serta memantau alam siber bagi menghapuskan link-link yang ada. Walaupun filem KL Gangster 2 yang tersebar hanyalah raw material dimana hanya 50% peratus kualitinya, tetapi tetap mengakibatkan kerugian di pihak mereka.

Bagaimana boleh jadi begini? Sudah lah bocor, tersebar dan dimuat turun pula. Kena ingat, ini berkaitan dengan untung rugi seseorang. Tiada rasa kasihan langsung ke kat Syamsul Yusof? Segala titik peluh dan usaha direntap begitu sahaja. D'Lafee pun, kalau kena macam tu, geram juga. 4.5 juta tu, bukan sikit. Bukan sama macam harga choki-choki yang dibeli di kedai runcit.

"Haish.. Aku ni kalau ikut hati, nak jugak tengok KL Gangster 2 tu kat Internet. Tapi malas la. Kesian pulak aku tengok mamat Syamsul tu. Yang tak boleh blah nye, kat youtube pun diupload nye. Ape punya jenis la."

Hamboi. Sampai upload di youtube. Melampau tu. Saya jumpa filem itu di youtube tetapi atas dasar kemanusiaan, saya tidak akan kongsi atau berikan tajuk video itu. Orang yang upload tu pun bijak juga, tajuk yang dia letak memang pelik.

Untuk yang membocorkan filem KL Gangster 2 : Insaflah. Buang hasad dengki yang melampau tu. Cuba bersaing secara sihat. Kalau dah rezeki anak-beranak tu, jangan ganggu. Pergi minta maaf.

Untuk yang dah upload, sebar, download KL Gangster 2 : Hah! Bab free, laju je korang. Walau bagaimanapun, berikan sokongan anda kepada industri filem tempatan. Rasa-rasa dah tengok, buat macam belum tengok lagi. Pergi ke pawagam pada 3 Oktober nanti.

Untuk yang belum download atau tonton KL Gangster 2 : Jangan nak gatal-gatal pergi cari link. Alang-alang tak tengok lagi, pergi tengok kat pawagam. Lagi syiok.

Kalau kes macam ni terus berlaku dan mentaliti masyarakat masih seperti ini, bila industri filem kita nak maju, dan bersaing di peringkat antarabangsa?

Soutenir Notre Cinematographique Locale..

0 comments:

Post a Comment