Wednesday, 23 October 2013

8 Punca Kerosakan Otak

Assalamualaikum, Good Evening, Xiawu Hao, and Greetings.

Tahukah anda setiap saat otak anda berfungsi, tak kira anda berjalan, berlari, bekerja, buat kerja rumah, buat tugasan kuliah, membaca, dan banyak lagi termasuklah tengah update Facebook status. Otak adalah tunjang untuk seorang manusia selain dari tulang belakangnya. Hari ini, saya ingin berkongsi fakta tentang otak. 


Kenal pasti otak anda dan kaji tentangnya. Kesihatan otak juga penting. Otak yang mantap dapat membantu anda menjana idea dengan lebih hebat. Disini, saya kongsi antara 8 punca kerosakan otak dari sudut fizikal :

1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi kepada otak dan menjadikannya kurang aktif. Kalau pagi-pagi lagi masuk kerja atau ke kuliah/kelas perut dah berbunyi-bunyi, mahu nak aktif.

2. Terlebih makan
Ini lagi satu masalah orang kita. Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Makan biarlah berkadar. Ini kalau orang kata mesti makan sarapan, sampai roti canai 4, nasi lemak 5 bungkus dibedalnya.

3. Penggunaan Gula Berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Mahu tak, pagi Milo Ais. Tengah hari, CoolBlog pula. Petang, kalau tak ABC tak sah. Malam masa menonton perlawanan bola, teh tarik wajib 2 3 gelas.

4. Terlebih Tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Ini sangat sinonim dengan pelajar IPT dan sekolah menengah. Masa cuti semester atau cuti sekolah, bukan main lagi lepas geram. Masuk tidur pukul 3 pagi, bangun pukul 4 petang.

5. Menutup Muka Ketika Tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Jujurnya, tak sesak nafas ke tutup muka sambil tidur?

6. Otak Bekerja Semasa Tidak Sihat
Bekerja semasa anda tidak sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. Bukan sahaja bekerja, malah pergi kuliah atau ke sekolah ketika sakit juga sama keadaannya.

7. Kurang Berimaginasi
Berfikir adalah salah satu cara terbaik melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. Kadang-kadang, tak salah berangan. Jangan hanya terikat dengan rutin harian sahaja.

8. Jarang Berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambahkan keberkesanan kecerdasan otak kita. Kalau habis semua benda dicopy+paste, bila hendak berfikir.

Jangan ambil mudah tentang otak. Otak anda penting untuk menjana idea dan melakukan kerja harian. Take note guys!


La Valeur De Votre Cerveau.. :)

0 comments:

Post a Comment