Thursday, 17 October 2013

Tips Menggunakan Uncang Teh Sebagai Produk Kecantikan

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao and Greetings.

Biasanya waktu begini adalah waktu yang paling enak untuk kita bertemu janji dengan bantal. Tapi nampaknya ramai yang memilih untuk melayari internet, berblogging, berfacebooking, bertwittering, dan seangkatan dengannya. Saya pun sama. Hehe. Disini alang-alang saya ingin kongsi dengan anda tentang uncang teh.



"Uncang teh untuk buat teh la. Time-time ni pekena Teh 'O' suam segelas dengan biskut Merry pun masyuk jugak."

Haa.. Itu yang Bro Komen tak tahu. Uncang teh yang terletak di sudut dapur itu bukan hanya boleh dibuat minuman, juga boleh dibuat produk kecantikan. Kadang-kadang, diam-diam ubi berisi juga uncang teh ni ya. Ini antara cara yang boleh dipraktikkan :

Spa Wap Teh
- Didihkan beberapa cawan air dan tuangkan ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan 1 atau 2 uncang teh. (Nak masuk 3 pun boleh)
- Disyorkan penggunaan uncang teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang menenangkan.
- Selubungkan kepala dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk selama 5 hingga 10 minit.
- Proses ini membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya.

Surutkan Mata Bengkak
- Bancuh 2 uncang teh, perah sedikit air dari uncang dan biarkan sejuk selama beberapa saat.
- Anda perlu baring di permukaan yang rata, dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata, tekan perlahan-lahan.
- Biarkan uncang teh dimata selama 15 hingga 20 minit.
- Hasilnya, mata anda tidak bengkak dan lebih segar.
- Acid Tannic dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata.

Betulkan Kuku Yang Patah
- Potong sebahagian uncang teh dan keluarkan sedikit serbuk didalamnya.
- Lekatkan potongan yang kecik tadi di kuku dan sapukan gam.
- Ia mengambil masa 5 hingga 15 minit.
- Selepas kering, anda boleh menggunakan pengilat kuku seperti biasa.

Bagaimana? Menarik bukan? Selamat mencuba!

Sumber : Uncang Teh Sebagai Produk Kecantikan by Yahoo.com

The Est Delicieux.. :D

0 comments:

Post a Comment