Wednesday, 30 April 2014

UEFA Champions League 13-14 : Real Madrid ke Lisbon!

Assalamualaikun, Good Evening, Xiawu Hao, and Greetings.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya detik ini telah tiba. Ladies, gentlemen, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik, saudara-saudari, abang-abang, kakak-kakak, dan seangkatan dengannya, I'm proudly announce that, Real Madrid telah menjejakkan kaki ke final UEFA Champions League pagi tadi!



Bermula di peringkat kumpulan, berada di dalam kumpulan B bersama Juventus, Galatasaray, dan Kobenhavn, Real Madrid mendominasi kumpulan dengan rekod tanpa kalah. Menang 5 perlawanan dan seri 1 perlawanan bertemu Juventus. Real Madrid melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Peringkat pertama pusingan kalah mati, Real Madrid menghadapi pencabar dari Bundesliga Jerman, Schalke 04. Pusingan pertama di halaman Schalke 04, Veltins-Arena memperlihatkan kemenangan berpihak kepada Real Madrid dengan jaringan 1-6. Bermain di halaman sendiri, Estadio Santiago Bernabeu memperlihatkan Real Madrid melakar kemenangan kedua apabila menumpaskan Schalke 04, 3-1. Aggregate 9-2.

Peringkat kedua mempertemukan musuh ketat Real Madrid, Borussia Dortmund. Para peminat menggelar pertemuan dua kelab ini sebagai 'The Revenge'. Bermain di Estadio Santiago Bernabeu, Real Madrid memenangi perlawanan dengan jaringan 3-0. Bertandang ke Westfalenstadion, walaupun Real Madrid tewas 2-0 dengan Borussia Dortmund, tetapi memenangi perlawanan berdasarkan aggregate 3-2.

Separuh akhir, bertemu musuh tradisi, favourite team dalam kancah UEFA Champions League, pasukan yang membenam Barcelona dengan aggregate 7-0 tahun lepas, Bayern Munich. Pasukan dari Jerman yang memang terkenal dengan teknik 'Tiki-Taka' seperti Barcelona. Bertandang ke Estadio Santiago Bernabeu, Real Madrid menang dengan jaringan 1-0 yang disumbangkan oleh penyerang Karim Benzema. Tugas yang berat dipikul apabila berkunjung ke Allianz Arena dengan hanya berbekalkan kelebihan 1 gol. 

Tetapi, they are the White Knight of Spain, and that's why they are called Los Blancos! Membenam Bayern Munich di gelanggang sendiri, anak buah Pep Guardiola tergamam dengan kemenangan berpihak kepada Real Madrid, 0-4, jaringan oleh Sergio Ramos (16', 20'), dan Cristiano Ronaldo (34', 90'). 


"Tunggu jap. Kalau macam tu, tak ke status tu patut jadi camni?"

Troll Football :P

Dengan aggregate bergaya 5-0, Real Madrid melayakkan diri ke final UEFA Champions League 13-14! Real Madrid yang kini di bawah pengendalian Carlo Ancelotti menggantikan Jose Mourinho, mempunyai peluang untuk merangkul piala yang berprestij itu. This is the time! We fans have been waiting this moment for so long! Please make our dream come true! 


Hala Madrid! :D

0 comments:

Post a Comment