Sunday, 17 April 2016

Angka Kematian Meningkat Akibat Cuaca Panas

Assalamualaikum, Good Morning, Zaoshang Hao, and Greetings.

Musim-musim panas ini, atau untuk lebih tepat, musim El Nino ini, kita dikejutkan dengan beberapa kes kematian disebabkan strok haba. Keadaan ini amat merisaukan kita kerana nak tak nak kita tetap akan terdedah dengan cuaca diatas urusan kerja, sekolah, urusan harian, dan sebagainya.



Dipetik dari akhbar Kosmo semalam, 16hb April, Sabtu, muka surat 46. Kejadian ini berlaku di India. 

Sebahagian bahagian tengah dan timur India dijangka berdepan dengan keadaan panas melampau berikutan beberapa kematian akibat panas ekstrem dilaporkan di negeri Orissa dan Telanggana.


Sumber gambar : The Star

30 kematian dicatatkan dalam tempoh 10 hari dan kebanyakkannya adalah berpunca dari gelombang haba. Suhu di 2 daerah utama seperti yang disebut tadi, diantara 40 hingga 45 darjah Celcius pada minggu lepas. Di samping itu juga, memburukkan lagi keadaan, 10 negeri di India mengalamai masalah kekurangan air yang teruk dan kemarau.

Wow. 45 darjah Celcius? Panas sangat tu, dikira tahap merbahaya. Perlis tempoh hari 39 darjah Celcius pun kering tanah dan tercetus kebakaran kecil, inikan 45 darjah Celcius. Di India juga, arahan dari kerajaan dikeluarkan supaya rakyat berada di dalam rumah dari tengah hari sehingga pukul 5.

Di Malaysia pun dah rasa teruk, bayangkan di India sana. Jumlah kematian akibat gelombang haba di India dicatatkan mencecah 75 orang. Kita perlu mengambil ikhtibar dari kisah ini.


Sumber : Surat Khabar Kosmo

Moral of the story :
- Perbanyakkan mengambil air kosong/air masak. Kalau sebelum ni sebotol besar sehari, ambil 2 botol besar. Gandakan untuk menggantikan air yang keluar dan untuk mengekalkan tubuh dalam mod hidrasi. Jangan risau, tak buncit pun minum air masak banyak-banyak, malah menyihatkan tubuh badan.
- Kurangkan pengambilan air bergula. Air bergula memang sedap tapi kurangkan. Ratio air bergula dan air masak hendaklah sekurang-kurangnya 40:60.
- Jimatkan penggunaan air. Kalau di India air boleh kering, tak mustahil berlaku di Malaysia. Di negara kita pun dah ada kes-kes kecil tentang sungai kering, masalah air di beberapa tempat.
- Kurangkan aktiviti luar. Ini untuk mengelakkan daripada terdedah kepada gelombang haba secara terus. Keluar hanya atas urusan sahaja.


Buvez beaucoup d'eau minerale pour rester hydrate.

0 comments:

Post a Comment